Skip to main content

Sihat Dengan Makanan Berkhasiat Yang Murah

makanan sihat
foto-allinahealth

Tak kiralah beberapa teruknya keadaan kewangan kita, kita tetap perlu mengambil makanan berkhasiat untuk kesihatan tubuh kita.

 

Apatah lagi jika kita semakin berusia, kita perlukan makanan berkhasiat untuk menjaga kesihatan dan juga mengekalkan tenaga. Makanan berkhasiat sememangnya tidak boleh kita pinggirkan dalam menu makanan kita pada setiap hari. Ketahui juga mengenai makanan rendah kalori agar anda tidak gemuk.

 

Berikut beberapa jenis makanan berkhasiat yang cukup murah dan senang didapati di sekeliling kita.

 

  1. makanan berkhasiat
    foto-cookingforengineers

    Bayam

Kandungan zat yang terkandung paa sayuran berdaun hijau ini diakui sebagai salah satu jenis sayuran terbaik.Ini adalah kerana bayam mengandungi terlalu banyak zat-zat penting yang sangat berguna untuk tubuh.

 

Antaranya folik, mangan,magnesium,besi, kalsium,kalium dan tryptophan. Selain itu, sayur bayam juga mengandungi vitamin A,K,C dan B2 serta antioksidan yang cukup bermanfaat.

 

 

  1. makanan berkhasiat
    foto-staticflickr

    Ubi Keledek

Ubi keledek ini memang termasuk dalam kategori makanan berkhasiat. Warna oren di dalamnya mengandungi beta karoten yang cukup berguna untuk pengolahan vitamin A dalam tubuh.

 

Di samping itu juga, ubi keledek juga merupakan sumber vitamin C, kolin, serat dan memiliki kandungan protein-antioksidan yang berkualiti tinggi.

 

 

 

 

  1. makanan berkhasiat
    foto-resepmasakita

    Tempe
    Manfaat tempe sebagai makanan berkhasiat memang luar biasa. Tempe mengandungi karbohidrat, protein dan juga lemak sihat yang mudah diserap serta dihadamkan oleh tubuh.

 

Serat yang terkandung dalam tempe juga mampu mengikat racun dan kolesterol yang boleh menjadi penyebab kanser serta membuangnya dari dalam badan.

 

Selain itu, tempe juga dapat meningkatkan kolesterol baik dalam darah serta mengandungi riboflavin atau vitamin B2. Riboflavin ini dikatakan memainkan peranan penting dalam metabolisme energi serta dapat mengurangkan rasa panas (hot flushes) di dalam badan dan rasa tidak selesa pada wanita menopause.

 

 

  1. makanan berkhasiat
    foto-tuasaude

    Pisang

Buah murah ini aalah salah satu sumber terbaik potassium, elektrolit yang mampu membantu menjaga keseimbangan iar yang tepat dalam badan serta mengawal tekanan darah yang memberikan manfaat bagi kesihatan jantung.

 

Di samping itu, pisang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik yang mana dapat memperbaiki sistem  penghadaman kita agar tetap sihat.

 

 

  1. makanan berkhasiat
    foto-amazingpandph

    Telur

Telur adalah salah satu makanan berkhasiat yang sangat murah dan senang didapati serta disukai oleh ramai orang di seluruh dunia.

 

Telur juga merupakan salah satu daripada beberapa makanan yang mengandungi asid amino essential dan juga kaya dengan zat besi, fostor, selenium dan vitamin A, B12,B2 dan B5.

 

Pengambilan telur rebus secara rutin baik untuk kesihatan mata, kerana memberikan kita banyak karotenoid yang memainkan peranan penting dalam melindungi mata daripada pelbagai masalah kesihatan mata.

 

Selain itu, telur juga bagus untuk meningkatkan kesihatan otak, yang mana dapat menurunkan risiko penyakit otak seperti alzheimer.

Semoga artikel mengenai makanan sihat ini bermanfaat kepada anda sekeluarga.

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...