Skip to main content

Kebaikan Yogurt Bukan Sekadar Untuk Kurus!

kebaikan yogurt
kredit foto: thetimes

Kebaikan Yogurt bukan setakat membantu program diet kita menjadi lebih sukses. Malahan, yogurt juga mempunyai beberapa kebaikan lain yang tak kalah pentingnya untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

 

 

Jadi, tidak hairanlah yogurt menjadi salah satu jenis minuman kegemaran ramai, terutama kaum wanita kerana kebaikan dan rasanya yang unik.Masam, manis dan segar!

 

Selain dikenali sebagai makanan rendah kalori yang boleh membantu mengurangkan lemak di perut, yogurt juga mampu meningkatkan sistem ketahanan badan terhadap penyakit.

 

Jika kita sedang berdiet, pilihlah yogurt yang diperbuat dari susu rendah lemak atau jenis yogurt rendah lemak atau tanpa lemak. Ini adalah kerana jika ianya diperbuat dari susu rendah lemak, yogurt pun menjadi rendah lemak.

 

Berikut beberapa kebaikan yogurt untuk kesihatan dan juga kecantikan yang perlu kita ketahui:

 

  1. kebaikan yogurt
    kredit foto: oldhookmedical

    Menurunkan Tekanan Darah

Selain mengandungi lemak yang rendah, yogurt juga mengandungi kalsium, potassium dan magnesium serta mampu menurunkan tekanan  darah.

 

Yogurt membantu membuatkan tubuh kita bertahan lebih lama menjaga nutrisi yang diperlukan. Selain itu, kalium dalam yogurt juga dapat membantu membuang kelebihan sodium keluar dari badan.

 

 

 

  1. kebaikan yogurt
    kredit foto: healthdirection

    Menyihatkan Gigi

Meskipun yogurt mengandungi gula, namun ia tidak menyebabkan gigi berlubang. Asid laktat dalam yogurt juga turut memberikan perlindungan pada gusi.

 

 

 

  1. Mencegah Osteoporosis

Kebaikan susu mengandungi banyak kalsium terbukti memberikan banyak manfaat bagi kepadatan massa tulang tanpa mengira usia.

 

Asid laktat menyerap kalsium dan fostur juga baik untuk kekuatan tulang. Vitamin K yang terdapat pada kebaikan yogurt juga membantu metabolisme tulang supaya berjalan dengan baik.

 

 

  1. kebaikan yogurt
    kredit foto: i2-wp

    Memulihkan Kulit Terbakar

Gunakan segala kebaikan yogurt untuk merawat kulit yang terbakar disebabkan oleh cahaya matahari. Ini adalah kerana yogurt mengandungi zink yang membantu menghilangkan efek panas dan gatal setelah terbakar akibat cahaya matahari.

 

Campurkan yogurt dengan minyan essensial seperti minyak zaitun. Sapukannya pada permukaan kulit yang terbakar dan biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya.

 

 

5. Menghapuskan Kelemumur

kebaikan yogurt
kredit foto: inlifepharmapvtl

Yogurt mengandungi sifat anti kulat dan anti bakteria yang membantu merangsang pertumbuhan rambut dengan bertindak sebagai pembersih semulajadi dan menghapuskan kelemumur.

 

Kebaikan yogurt untuk menghapuskan kelemumur ini membantu menenangkan kulit kepala serta mengurangkan rasa gatal.

 

Urutlah kepala dengan yogurt. Biarkan selama 15 minit, kemudian cucuilah dengan air panas suam. Sifat asid laktat membantu melembabkan kulit kepala dang mengangkat sel kulit mati, sehingga menyembuhkan kelemumur dan memulihkan kesihatan rambut.

 

Itulah beberapa kebaikan yogurt untuk kesihatan dan juga kecantikan. Pastikan kita memilih produk yogurt yang berkualiti kerana ia mempunyai jumlah bakteria yang banyak.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...