Skip to main content

Cara Menangani Stress Setelah Berhenti Kerja

cara menangani stress
kredit foto-entrepreneur

Siapa yang tak stress kalau tiba-tiba sahaja disyorkan supaya meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi gelombang tersebut? Atau adakah anda kini sedang terjerat dalam permasalahan itu.Ketahui cara menangani stress bagi membebaskan diri anda daripada cengkaman stress.

 

Krisis eknomi global semakin membimbangkan, dan negara kita tidak terkecuali menerima bahang krisis eknomi tersebut. Banyak syarikat ditutup dan ramai pekerja hilang pekerjaannya. Bahkan ada yang membuang para pekerja bukan secara langsung, sebaliknya mereka buat cara yang pekerja itu sendiri jadi tidak betah lalu berhenti. Ada juga syarikat yang tawarkan pampasan pemberhentian pekerja semata-mata untuk menjimatkan kos syarikat.

 

Ketika berhadapan dengan situasi itu, sudah pasti perasaan cemas akan menghantui diri, yang mana akhirnya membawa kepada depresi. Kita sememangnya memerlukan waktu untuk menerima hakikat apa yang telah terjadi, kerana selepas itu kita mungkin akan kehilangan banyak perkara penting, seperti rutin harian, pergaulan dengan teman-teman sekerja, ekonomi yang stabil, status dan sebagainya. Orang yang kena berhenti rela dalam terpaksa akan mengalami proses kehilangan dan juga kesedihan dalam hidupnya.

 

 

Berikut beberapa cara menangani stress akibat kehilangan pekerjaan yang selama ini mungkin kita terlalu sayang:

 

  1. cara menangani stress
    kredit foto-simplysupplements

    Belajar Untuk Lebih Redha

Kehilangan pekerjaan akan mengundang pelbagai rasa termasuklah perasaan kehilangan, kesedihan, kemarahan, dendam,terkejut dan sebagainya.

 

Kita mungkin akan jadi marah kepada diri sendiri, kepada majikan,kawan-kawan dan juga keluarga sendiri.Macam-macam persoalan akan bermain di fikiran kita disebabkan perkara itu.

 

Ia adalah sesuatu yang normal, tetapi jika kita terus terbenam dalam kesedihan, kita mungkin akan mengalami tekanan perasaan yang teruk. Sebelum ianya terjadi, ingatlah perkara-perkara berharga yang masih kita miliki.

 

Teruslah memikirkan sesuatu yang positif, percaya juga pada ketentuan takdir dan hikmah di sebalik semua yang berlaku. Cara menangani stress yang baik juga, terimalah kenyataan itu dengan ikhlas kerana ia akan membuatkan keadaan kita menjadi lebih baik.

 

 

  1. Jangan Sesekali Salahkan Diri Sendiri

Kegagalan tidak selalunya berpunca oleh diri kita sendiri. Adakalanya disebebkan oleh faktor-faktor luaran yang tidak kita jangkakan.

 

Meskipun kita sudah kehilangan pekerjaan, ini tidak bermakna kita harus berterusan menyalahkan diri ini. Ingat, semua ini berlaku bukan disebabkan kegagalan peribadi kita, sebaliknya faktor ekonomi.

 

Lagipun pemberhentian ini bukan bermakna kehidupan kita sudah berakhir, dan kita tidak sendirian menghadapinya. Ramai yang turut sama melalui situasi ini.

 

 

  1. cara menangani stress
    kredit foto-emedicinehealth

    Buang Ketakutan Dan Positif

Salah satu cara menangani stress yang perlu kita amalkan ialah berusaha untuk membuang rasa takut. Jangan sesekali beranggapan karier kita sudah berakhir selamanya. Ketakutan yang disimpan perlu dibuang jauh-juah kerana ia akan memusnahkan masa depan kita.

 

Selain itu, kongsilah ketakutan dan kebimbangan kita itu kepada orang-orang yang kita percayai. Mungkin kata-kata semangat yang diberikan akan membuatkan kita jadi lebih positif dan kembali tenang.

 

Jauhi sesiapa sahaja yang cenderung memberikan komen-komen negatif dan seakan menyalahkan kita. Dampingi orang-orang yang mempunyai banyak idea dan punya wawasan hidup supaya kita boleh bangkit daripada kesedihan tersebut.

 

 

  1. Jaga Kesihatan

Stress adalah gangguan fikiran yang mana akan membuatkan kita menjadi penat untuk berfikir kerana terlalu banyak memikirkan masalah yang membelenggu diri. Walaupun kita tidak dapat lari sepenuhnya dari masalah stress, namun kita tidak boleh memanjakan perasaan tersebut.

 

Jika terus dibiarkan sehingga parah, ia akan menjejaskan kesihatan mental kita. Kesihatan yang baik  sama nilainya dengan kehidupan kita.

 

Cara menangani stress dengan baik perlu kita amalkan. Walaupun kita terjerat dengan permasalahan tersebut, tetapi kita harus menjaga kesihatan tubuh kita dengan sebaik mungkin. Pastikan tidur, pengambilan makanan sihat dan bersenam yang mungkin kita amalkan sebelum ini tetap kita pertahankan.

 

 

Jangan sesekali makan ubat penenang dan sebagainya sebagai cara menangani stress yang dihadapi. Itu bukan cara yang terbaik, gunakan kesempatan yang ada sementara masih belum mendapat pekerjaan baru dengan beristirahat dan gembira bersama keluarga tersayang.

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .