Skip to main content

Bayi Muntah! 15 Perkara Anda Perlu Tahu!

bayi muntah“Kenapa bayi saya asyik muntah selepas menyusu? Masalah bayi muntah ini tidak normal ke? Saya sangat kasihan pada bayi dan pada masa yang sama sangat risau”.

 

Inilah antara luahan kebimbangan ramai ibu tentang bayi mereka yang kerap muntah. Sebenarnya bayi muntah pada awal usianya adalah satu perkara normal. Ketahui juga kenapa bayi menangis malam.

 

Dia sedang berada dalam proses untuk menyesuaikan diri kepada penyusuan dan keadaan tubuh mereka yang sedang membesar.

 

Bagaimanapun, jika muntah terlalu kerap dan banyak, anda harus mencari punca dan berbuat sesuatu untuk menanganinya. Ini kerana muntah yang kerap boleh mendorong berlakuknya hidrasi pada tubuh bayi dan dia akan menjadi lesu.

 

Apa beza muntah dan jeluak? Lazimnya jeluak mengeluarkan susu yang sedikit dan muntah pula akan mengeluarkan jumlah cairan yang banyak, malah adakala menakutkan bayi.

 

Punca Bayi Muntah

  1. Masalah penyusuan – Biasanya, pada beberapa bulan pertama, bayi muntah disebabkan masalah penyusuan misalnya terlebih menyusu. Ada juga yang alah kepada susu formula.

 

  1. Menangis berpanjangan – Apabila bayi menangis lama, dia akan cenderung terbatuk-batuk dan seterusnya akan termuntah. Andai sebelum menangis dia menyusu, kemungkinan besar dia akan terbayi muntahmuntah. Bagaimanapun hal ini jarang memberi impak yang serius.

 

  1. Jangkitan kuman – Masalah jangkitan kuman atau virus pada saluran pencernaan boleh menjadi punca bayi muntah. Bayi mungkin mengalami ciri birit, hilang nafsu makan, sakit perut dan demam. Namun muntah biasanya reda dalam tempoh 12 hingga 24 jam.

 

  1. Jangkitan lain – hidung tersumbat akibat selesema, jangkitan saluran pernafasan pun boleh jadi punca bayi muntah selain jangkitan kepada telinga.

 

Awas, muntah yang kerap juga antara signal bayi anda berdepan penyakit lebih serius seperti pneumonia, meningitis dan radang usus.

 

Jika bayi anda sakit pada bahagian abdomen, kekejangan, muntah lebih 24 jam dan mempunyai tanda hidrasi, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

 

 

  1. Masalah Reflux – Penyakit refluks gastroesofageal kerap berlaku kepada ramai orang, malah bayi juga tidak terkecuali.

 

Masalah ini berlaku apabila bahagian bawah sfinker (pencerut) esofogus (tiub yang angkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut) terbuka secara spontan atau tidak tertutup dengan betul sehingga kandungan yang ada dalam perut akan naik ke dalam esofogus.

 

Keadaan ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan boleh muntah selepas menyusu.

 

  1. Mabuk perjalanan – Anak-anak mungkin akan merasa pening ketika dalam perjalanan menaiki kereta, bas atau kapal.

 

Pakar mendapati ‘mabuk’ ini berlaku apabila ketidakseimbangan antara apa yang anak lihat dengan apa yang dirasakan dengan pergerakan tubuhnya. Ia diatur oleh sensor keseimbangan yang ada pada saraf di otak dan bahagian dalaman telinga.

 

CARA TANGANI BAYI MUNTAH:

  1. bayi muntahUbah jadual penyusuan – Jika anda biasa menyusukan bayi dengan kerap dan banyak, cuba kurangkan jumlah susu yang diberikan kepadanya. Susukan bayi ketika dia benar-benar lapar dan cara ini dapat membantu elak bayi muntah dan reflux.

 

  1. Sendawakan bayi dengan cara menegakkan bayi dan tepuk lembut belakangnya sehingga bayi mengeluarkan bunyi ‘burpp’. Ini akan dapat melegakannya.

 

 

  1. Periksa botol susu dan saiz puting susu – Pilih botol susu bercirikan anti kolik bagi mengelakkan bayi anda minum susu sambil menelan gelembung udara. Ini boleh menyebabkan bayi anda kembung.

 

Selain itu, pastikan saiz puting susu sesuai dengan usia bayi anda. Saiz yang terlalu besar akan menyebabkan aliran susu yang laju dan banyak sehingga menyebabkan bayi anda tersedak, batuk dan muntah.

 

  1. Ubah kedudukan bayi – Cuba tinggikan kepala bayi melepasi perut setiap kali menyusukannya. Ketika bayi dalam keadaan berjaga, letakkan bayi dalam posisi mengiring atau meniarap.

 

Bagaimanapun elakkan tidur ketika meniarap kerana ia mengundang risiko SIDS (sudden infant death syndrome).

 

  1. Untuk elakkan mabuk dalam perjalanan, berhenti rehat seketika dan berikan ruang untuk anak anda mendapatkan udara segar.

 

Sebaik-baiknya, berikan bayi anda makan sebelum perjalanan bagi mengelakkan perutnya masuk angin.

Jangan sesekali beri ubat tahan muntah kepada bayi melainkan atas nasihat doktor.

 

 

  1. Pakar juga telah mencadangkan, berikan air atau larutan elekrolit dalam jumlah yang sedikit setiap 30 hingga 60 minit.

 

Jika bayi boleh minum, berikan dia 50ml larutan elektrolik berselang-seli dengan 50ml air biasa setiap setengah jam.

 

  1. Bersihkan mulut anak setiap kali dia muntah dan berikan dia minum air.

 

  1. Elakkan memberi makanan yang berminyak dan makanan yang teksturnya agak keras. Sup dan bubur nasi antara yang sesuai diberikan.

 

  1. Andai anak muntah lebih daripada dua hari, segera bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi tambahan maklumat anda berdepan dengan bayi muntah.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .