Skip to main content

Anak Susah Makan, Ketahui 5 Penyebabnya!

anak susah makan
kredit foto-babycenter

Anak Susah Makan merupakan salah satu masalah yang biasa dan kita kerap dengar terjadi ada anak-anak. Jangan binggung dan cepat putus asa, sebagai orang tua kita kena tahu penyebab sebenar anak susah makan.

 

 

 

Ada bermacam-macam penyebab anak susah makan, antaranya:

 

  1. anak susah makan
    kredit foto-si-wsj

    Perut Masih Kenyang

Disebabkan telah banyak menikmati makanan selingan (kudapan lain), jadi ketika sampai waktu makan, perutnya masih kenyang.

 

Jadi secara automatik, si anak akan menolak makanan padat yang diberikan itu. Untuk mengatasi anak susah makan, buatlah jadual makanan yang teratur dan buatlah aturan menu serta waktu telah ditetapkan untuk anak makan.

 

 

 

  1. Jadual Makan Yang Tidak Teratur

Kesibukan adakalanya membuatkan kita kurang menitikberatkan soal ketetapan waktu untuk memberikan anak makan.

 

Padahal jadual makan yang teratur buat si anak sangat penting dan menunjukkan disiplin diri kita sendiri. Jadi, cubalah atur kembali waktu dan jadual makan anak kita dengan sebaik mungkin.

 

 

  1. anak susah makan
    kredit foto-thelunchmob

    Bosan Dengan Menu Yang Sama

Semak balik apa menu yang kita masak untuknya. Jangan-jangan… asyik menu yang sama! Kalau kita pun jika asyik dengan menu yang sama, tentu naik muak jugak kan… Anak pun macam tu juga.

 

Jadi, cubalah  cipta menu makanan yang bervariasi dan rasa yang berbeza. Lagipun, cara itu dapat mendedahkan anak kepada kepelbagaian menu makanan. Tak adalah bila besar nanti, banyak pula yang tidak dijamahnya!

 

 

  1. anak susah makan
    kredit foto-chaobs

    Demam atau gangguan Penghadaman

Jika inilah yang menyebabkan anak susah makan, sebaiknya bawalah berjumpa dengan doktor.

Demam dan sakit tekak memang buatkan anak hilang selera makan. Manakala gangguan penghadaman biasanya terjadi di sekitar mulut seperti ulser mulut, gigi berlubang, sakit tekak, sakit perut dan sebagainya. Situasi ini boleh menyebabkan anak hilang nafsu makan.

 

 

  1. Dihantui Rasa Takut

Jangan main-main ok, sikap kita yang mungkin terlalu garang atau kasar boleh juga membuatkan anak menjadi ‘seram’ dan sehingga membuatkan anak menjadi lagi  susah untuk makan.

 

Sebaiknya cubalah cipta suasana makan yang menyenangkan walaupun terpaksa berdepan dengan sikap anak yang mungkin banyak menguji kesabaran kita. Jangan biarkan waktu makan menjadi waktu paling trauma buat anakanak sa

 

Itulah beberapa penyebab anak susah makan. Sebagai ibu, jangan menyerah, dengan kesabaran insya-Allah masalah ini dapat diatasi. Semoga artikel ini bermanfaat.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...