Skip to main content

Anak Berbohong? Sila Semak Punca & Cara Atasinya

anak berbohong
foto-popsugar

Apabila mendapati anak berbohong, apa reaksi anda? Pasti terlintas sedikit rasa marah, terkejut, geram dan kecewa bukan? Kalau anak anak itu masih kecil, kita merasakan masih ada masa untuk membetulkannya. Tetapi bagaimana jika anak itu sudah remaja? Adakah ibu bapa masih ada peluang untuk mengatasi masalah ini atau sudah terlambat?

 

 

Kebanyakan anak tidak dapat membezakan baik buruk dan impak sikap ini. Malah adakala mereka lebih yakin berbohong itu lebih berkesan berbanding kebenaran. Tidak dinafikan sikap sebegitu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ketahui juga 5 alasan kenapa anak suka berbohong.

 

Malah anak mula berbohong di awal usia empat tahun! Mungkin anak kecil anda itu pernah bagi alasan dia sakit perut kerana enggan ke sekolah. Bila kita beri ‘green light’ terus sihat dan hilang sakit!

 

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu cekap ‘menghidu’ taktik anak agar anda cepat mengatasinya. Kalau anda sendiri tidak perasan dengan hal ini, maka ia akan berterusan dan mereka menjadi pembohong komplusif (bohong berulang).

 

Lazimnya, ibu bapa akan berasa geram apabila mendapati anak berbuat  berbohong, tetapi, adakah anda sedar bahawa orang dewasa juga selalu berbuat perkara yang sama. Cuba tanya pada diri anda sendiri, pernahkah anda berbohong kepada anak atau mengajarnya berbohong misalnya ”Kakak jangan beritahu ayah ya, mama beli baju ni. Nanti ayah marah sebab mama selalu sangat shopping. Rahsia tau”. Ini secara tidak langsung, anda telah mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

 

Anda  mungkin pernah memujuk anak-anak agar belajar dan sering berjanji kepada mereka. ”Abang belajar rajin-rajin. Nanti kalau dapat nombor 5 ke bawah, mama belikan basikal ya”. Si anak pun yakin dengan janji anda lalu belajar bersungguh-sungguh dan tercapai apa yang anda mahukan.

 

anak berbohong
foto-istock

Tetapi bila tiba masa menagih janji, pelbagai alasan anda berikan. Impaknya, si anak kecewa dan berkata anda berbohong. Sebenarnya, banyak lagi situasi lain yang ibu bapa cuba berbohong kepada anak-anak. Awas, anak-anak memang mudah meniru gaya orang dewasa. Tanpa sedar, mereka ‘menyerap’ sikap begitu ke dalam diri sejak kecil hingga remaja dan alam dewasa. Ingat, ibu bapa adalah cerminan anak-anak.

 

Dalam situasi yang berbeza, bagaimana pula bila anak anda bercakap jujur dan mengakui kesalahan yang dilakukannya? Sebagai contoh, anak beritahu dia gagal dalam subjek Matematik, malah markahnya paling rendah dalam kelas! Agak-agak apa reaksi anda? Mungkin ada ibu bapa yang melenting dan menghukum anak misalnya sebulan tidak boleh keluar rumah bermain dengan kawan.

 

­­Jadi, sebagai ibu bapa, kita harus bijak mencari solusi agar anak-anak tidak berbohong untuk melepaskan diri daripada sesuatu. Ini kerana anak-anak tidak faham erti dan impaknya.

 

anak berbohong
foto-flickr

KENAPA ANAK BERBOHONG?

Apa punca anak berbohong? Adakah ini bermaksud mereka tidak bermoral, kurang didikan?

  1. Mereka cuba melindungi diri sendiri daripada sesuatu perkara termasuklah cuba ‘cover line’ rakan baik yang berbuat salah. Mereka takut dimarahi andai bercakap benar.

 

  1. Anak mahu kelihatan hebat supaya mendapat perhatian dan pujian daripada orang sekitarnya.

 

  1. Satu tanda protes kerana dimarahi ibu bapa untuk kesalahan lain yang dilakukannya.

 

  1. Pada anak usia sekolah (AUS), berbohong sering dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang mereka anggap berharga.

 

 

CARA ATASI ANAK BERBOHONG & LEBIH JUJUR

  1. Jangan label anak pembohong

Walaupun si anak didapati selalu berbohong, namun hindarkan menyebutnya sebagai pembohong. Perkataan yang negatif  akan beri kesan kepada perkembangan psikologis anak. Bimbang jika si anak merasakan sifat itu jati dirinya dan melekat di fikiran.

 

  1. Terangkan manfaat jujur

Adakala anak-anak sukar untuk faham erti jujur. Tapi sebagai orang tua, kita harus tanam nilai ini dalam diri anak sejak mereka kecil lagi. Terangkan kepada mereka bahawa sikap jujur ini disayangi Allah, kawan-kawan, guru dan sebagainya malah peluang luas masuk syurga. Selain itu, jangan lupa untuk jelaskan keburukan berbohong agar mereka dapat membezakan keduanya.

 

  1. Bincang Hati ke hati

Andai anda dapati anak selalu tidak jujur, pasti ada penyebabnya. Cuba kenal pasti siapa rakan-rakan anak. Mungkin anak anda dipengaruhi rakan yang mudah berbohong. Beri peluang anak membuat penjelasan dan bincanglah secara terbuka, hati ke hati. Beri nasihat dengan lembut dan elakkan berleter terutamanya jika anak itu sudah remaja. Dekati mereka bagaikan kawan.

 

  1. Tunjuk teladan

Untuk meminta anak bersikap jujur, anda selaku orang tua perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan. Mungkin ada kebiasaan anda tentang pembohongan yang ada kala meninggalkan kesan kepada anak-anak tanpa sedar.  Misalnya, ada jurujual datang ke rumah dan anda meminta anak memberitahu jurujual tersebut yang anda tidak ada di rumah. Ini satu pembohongan yang jelas!

 

  1. Hukum jika perlu

Jika anak berbohong tentang perkara-perkara yang penting, hukuman perlu diberikan mengikut kesesuaian umur anak. Ia berfungsi sebagai satu peringatan untuk anak agar tidak mengulanginya lagi.

 

  1. Sentiasa Berdoa

Perilaku dan kasih sayang ibu bapa adalah energi yang penting buat anak-anak. Jadi, sebarkan nilai itu sebaik mungkin kepada anak-anak dan orang sekeliling anda termasuk rakan si anak. Perbaiki kelemahan diri sendiri dan sentiasa berdoa agar Allah melindungi anda sekeluarga.

Semoga artikel mengenai anak berbohong ini bermandfaat kepada anda.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul!   Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut. Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an , anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain. Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Selain itu, sebagai wanita usia 30an , kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI ...