Skip to main content

Khasiat Epal Hijau Cukup Luar Biasa, Rugi Tak Makan!

khasiat epal hijau
kredit foto: mauganscorp-netdna

EPAL hijau merupakan salah satu buah yang tersihat. Meskipun rasanya agak masam, tidak seperti epal merah, tapi khasiat epal hijau ini lebih hebat daripada epal merah.

 

 

Epal hijau cukup bagus untuk kesihatan kerana penuh dengan mineral,vitamin dan serat yang penting buat tubuh. Elok untuk wanita mahupun lelaki, bayi ataupun yang sudah berumur, semuanya boleh mendapat kebaikan daripada epal hijau ini.

 

 

Berikut ini adalah beberapa khasiat epal hijau yang perlu diketahui:

 

  1. Turunkan Berat Badan

    khasiat epal hijau
    kredit foto: tips2stayhealthy

Sedang berdiet untuk menurunkan berat badan? Epal hijau wajib ada di dalam menu pilihan diet.

 

Pengambilan epal hijau juga dapat menurunkan nafsu makan yang berlebihan dan kita tidak akan cepat berasa lapar.

 

Di samping itu, makan epal hijau, sebiji sehari dalam mencegah pengumpulan lemak serta mampu menyerap lemak di pembuluh darah. Secara tidak langsung, jantung kita pun menjadi lebih sihat.

 

 

  1. Atasi Masalah Sembelit

Kandungan serat dalam epal hijau ini cukup tinggi. Walaupun tekstur buah ini padat, namun berair.

 

Pengambilan epal hijau secara rutin mampu mengatasi masalah sembelit kerana jumlah serat yang tinggi dalam epal hijau membantu melancarkan pembuangan air besar.

 

 

  1. Menguatkan Tulang

Pengambilan epal hijau mampu membuatkan fungsi kelenjar tirioid dapat berjalan dengan lancar sehingga boleh mencegah penyakit yang berkaitan dengan sakit-sakit sendiri. Selain itu, tulang kita akan menjadi lebih kuat.

 

 

  1. Mencantikan Kulit

Buah epal kaya dengan kandungan vitamin yang boleh membuatkan kulit menjadi anjal,lembut dan bersinar-sinar. Jadi, makanlah buah epal hijau ini pada setiap hari.

 

  1. Menyihatkan Badan

Khasiat epal hijau juga tidak terkecuali untuk memperbaiki jaringan tubuh yang rosak. Antioksidan dan folate  acid serta vitamin B2  yang terkandung di dalam epal hijau dapat mencegah pertumbuhan radikal bebas  pada tubuh kita.

 

Secara tidak langsung dapat mencegah kita daripada dis erang penyakit-penyakit berbahaya seperti tumor, kanser dan serangan jantung.

 

Di samping itu, kandungan vitamin A dalam mencukupi dan mampu membuatkan mata kita jadi lebih sihat.

 

Itulah beberapa khasiat epal hijau. Jadi, jangan lupa untuk memakannya.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...