Skip to main content

9 Tip Penjagaan Rambut Selepas Rebonding

penjagaan-rambut-selepas-rebonding
kredit foto: inat

Penjagaan rambut selepas rebonding. Rebonding adalah proses atau teknik meluruskan rambut keriting atau ikal. Untuk mencegah pelbagai permasalahan rambut seperti rambut rosak, rambut kusam, rambut bercabang atau rambut kering, kita perlu lakukan penjagaan rambut selepas rebonding yang tepat supaya rambut tetap cantik dan sihat.

 

Berikut ialah beberapa teknik penjagaan rambut selepas rebonding

  1. penjagaan rambut selepas rebonding
    kredit foto: danielledates

    Selepas melakukan rebonding, sebaiknya biarkan rambut selama tiga hari tanpa dibasuh untuk mencegah ubat yang masih bekerja pada rambut supaya tidak hilang.

 

  1. Jika ingin bersyampu, pilihlah syampu memang khas untuk rambut rebonding dan dilakukan selepas satu minggu setelah rebonding. Di samping itu, jangan lupa memakai perapi setelah bersyampu.

 

  1. Tip penjagaan rambut selepas rebonding yang seterusnya, gunakan serum rambut dan hair mask dua minggu sekali.

 

Hair mask berguna untuk mengatasi rambut rosak, kering, bercabang atau pecah-pecah. Untuk rawatan awal, sebaiknya pakai hair mask sebanyak empat kali treatment.

 

Sebaiknya pilih hair mask atau masker rambut daripada buah-buahan seperti strawberi, avokado dan lemon. Boleh juga menggunakan masker daripada minyak kelapa, minyak lavender ataupun putih telur.

 

  1. Pakailah anti-frizz spray atau anti-frizz oil bagi melembapkan keselurahan rambut dan mencegahnya kusut. Jangan lupa berikan vitamin rambut agar rambut yang telah direbonding kekal sihat dan cantik.

 

  1. Tidak menggosok rambut dengan kuat menggunakan tuala selepas mencuci rambut kerana ia boleh membuatkan batang rambut pecah dan tidak boleh bertahan lama. Biarkan rambut kering dengan sendirinya.

 

  1. penjagaan rambut selepas rebonding
    kredit foto: becomegorgeous

    Elakkan mengikat atau menyepit rambut yang boleh menyebabkan berbekas atau berkesan sehingga rambut akan susah untuk menjadi lurus. Rambut selepas rebonding lebih sensitif dibandingkan dengan rambut yang lurus secara semulajadi dan perlukan penjagaan yang lebih berhati-hati.

 

  1. Penjagaan rambut selepas rebonding yang perlu juga kita berikan perhatian adalah tentang menyikat rambut.

 

Elakkan menyikat rambut  dalam posisi kepala yang menunduk dan menyikatnya secara berlebihan kerana ia akan merosakan rambut.

 

Demikianlah tip penjagaan rambut selepas rebonding yang boleh kita lakukan sendiri di rumah demi menjaga mahkota kecantikan kita.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...