Skip to main content

4 Petua Hilangkan Kedut Muka Dengan Cepat

petua hilangkan kedut muka
kredit foto: 1ciltbakimi

Bila umur makin bertambah, kulit mukapun bertambah tua! Kedut muka pun semakin jelas kelihatan. Jadi, tentu ramai yang nak tahu Petua Hilangkan Kedut Muka kan…

 

Biasanya kedutan tersebut boleh dilihat di bahagian dahi,bawah mata dan juga pipi. Kedutan tersebut boleh membuatkan muka kita nampak tua. Jadi, jom hilangkannya!

 

 

Kedut atau kedutan di muka merupakan salah satu tanda dari penuaan semulajadi. Kedutan di muka boleh juga disebabkan kerana sinaran matahari, kurang tidur,penggunaan kosmetik yang tidak tepat dan merokok.Sebenarnya ada banyak petua hilangkan kedut muka yang boleh kita cuba, termasuklah cara semulajadi yang lebih selamat.

 

Berikut Dikongsikan Petua Hilangkan Kedut Muka:

 

  1. petua hilangkan kedut muka
    kredit foto: fashionlady

    Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang bagus untuk rawatan kecantikan kulit. Kandungan vitamin yang lengkap seperti vitamin C, D dan E, serta zat besi yang dilengkapi dnegan zat anti bakteria terbaik untk awet muda.

 

Sebelum tidur bersihkan muka terlebih dahulu, dan sapukan dengan minyak zaitun. Biarkan sampai ke pagi hari. Keesokan pagi barulah dibilas dengan air bersih.

 

  1. petua hilangkan kedut muka
    kredit foto: myhealthylifeadvices

    Masker Betik

Ambil dua potong betik masak, hancurkan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk, kemudian gaul rata dengan satu sudu makan madu. Setelah itu, sapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit, kemudian barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih.

 

 

 

  1. petua-hilangkan-kedut-muka
    kredit foto: sharingdisini

    Buah Tomato

Buah tomato dapat memberikan perlindungan ekstra untuk kulit muka. Di dalam buah ini terdapat kandungan antioksidan yang tinggi.

 

Potong buah tomato bulat-bulat kemudian sapukan dengan madu asli. Setelah itu tempelkan pada bahagian muka yang berkedut. Biarkan selama 15 minit sehingga nutrisi tomato dan madu tadi meresap kuat di kulit muka.

 

 

 

  1. petua hilangkan kedut muka
    kredit foto: bp blogspot

    Pisang

Petua hilangkan kedut muka dengan menggunakan buah pisang juga sangat efektif dan mudah.

 

Cara membuat krim muka anti kedut muka ini sangat mudah. Hancurkan sebiji pisang sehingga menyerupai krim. Kemudian sapukan ke seluruh permukaan muka, biarkan selama setengah jam. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.

 

Tepuk-tepuk kulit muka anda setiapkali selesai membersihkan muka. Jangan sekali-kali mengelap muka sehingga benar-benar kering.

 

Semoga petua hilangkan kedut muka secara semulajadi ini bermanfaat untuk semua.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...