Skip to main content

Tip Pilih Skirt Labuh Sesuai Bentuk Tubuh

skirt labuh
Kredot: Girlshijab jpg

BAGI anda yang berhijab ataupun tidak mahu bahagian kaki terdedah, pemakaian skirt labuh boleh dijadikan salah satu pilihan.

 

Jangan risau, anda tetap boleh kelihatan moden dan cantik sekalipun memakainya. Padanan skrit labuh yang sesuai atau tepat dengan bentuk tubuh anda akan membuatkan penampilan anda  kelihatan lebih cantik dan menawan.

 

Berikut beberapa cara memilih skirt labuh sesuai bentuk tubuh:

skirt labuh
Kredit: Wolfandbadger

 

  1. Tubuh Tinggi Dan Ramping

Anda sememangnya cukup bertuah kerana dianugerahkan bentuk tubuh yang tinggi dan ramping.

 

Ini adalah kerana segala jenis skirt akan kelihatan sesuai di tubuh anda. Begitu juga dengan rekaan, corak dan warnanya. Semuanya nampak serasi dan cantik dengan anda.

 

 

 

  1. Tubuh Pendek Atau MungilKredit: Alicdn

Ramai yang bertubuh pendek atau mungil takut untuk mengayakan skrit labuh kerana merasakan akan ‘tenggelam’ dan nampak semakin pendek.

 

Sebenarnya ada trik, ada boleh padankan skirt labuh dengan blouse  yang sedikit fit atau ‘ngam-ngam’ di badan anda. Pastikan blouse yang dipakai berwarna lebih gelap daripada skirt tersebut. Selain itu, elakkan memakai skirt dengan corak bersaiz besar dan kasut flat. Sebaiknya anda pakai wedges ataupun higheels.

 

  1. Bertubuh Gemuk

Anda yang bersaiz besar, jangan sembarangan memilih skirt labuh. Anda perlu memilih skirt yang mampu menutupi seluruh bahagian kaki.

 

Apabila anda tidak menutupnya, bahagian tersebut akan memperlihatkan anda semakin gemuk!

Selain itu, elakkan memilih skirt yang terlalu ketak dan bercorak besar.

 

  1. Bertubuh Kurus

Bagi anda yang mempunyai tubuh yang kurus atau terlalu kurus, anda boleh memilih skirt labuh berpotongan pensel supaya tubuh kelihatan berbentuk.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...