Skip to main content

Selepas Makan Elak 6 Perkara Ini

selepas makanMEMANG terasa nikmat melakukan kebiasaan-kebiasaan yang kita buat selepas makan ataupun selepas perut kenyang ini!

Namun, selepas membaca informasi bermanfaat ini, marilah kita sama-sama cuba menghilangkan kebiasaan buruk itu kerana ia boleh memberikan efek buruk pada kesihatan kita.

 

Berikut beberapa perkara atau tabiat yang perlu kita elakkan selepas makan:

 

  1. Minum Teh

    selepas makan
    Kredit: gardeningaustin

Tentu ramai di antara kita yang suka sangat minum teh selepas makan. Namun, sebenarnya ia memberikan pengaruh yang buruk terhadap kesihatan sistem penghadaman kita.

 

Teh dikatakan mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi dan boleh meningkatkan kandungan protein pada makan yang kita makan jadi meningkat. Ia akan membuatkan tubuh menjadi lebih sukar untuk menghadamkannya.

 

Di samping itu juga, teh juga dapat menyerap kandungan zat besi pada makanan sehingga 80 peratus sehingga membuatkan zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh menjadi berkurangan. Sekiranya kita ingin menikmati teh, tunggulah sejam selepas makan.

 

 

  1. Minum Ais

Ais  yang sejuk memang sangat menyegarkan terutama jika diminum selepas makan, terutama makanan yang pedas dan panas.

 

Namun, di sebalik kenikmatan itu, ais  ternyata boleh menganggu sistem penghadaman makanan.Ais yang sejuk akan membekukan makanan terutama makanan yang berlemak.

 

Lemak yang membeku itu akan tertimbun di dalam usus dan membuatkan saluran-saluran penghadaman jadi menyempit yang mana pada akhirnya akan menimbulkan kegemukan dan kembung perut.Sebaiknya ganti minum ais dengan air suam terutama selepas kita menikmati makanan yang berlemak.

 

 

  1. Merokok

Merokok adalah tabiat yang tidak sihat kerana boleh merosakkan kesihatan paru-paru, jantung dan juga kanser. Efek buruk ini akan menjadi lebih berbahaya jika ianya diambil selepas makan.

 

Sebatang rokok yang dihisap selepas makan dikatakan sama dengan menghisap rokok sebanyak 10 batang. Bermakna bahayanya terhadap kesihatan pun boleh meningkat 10 kali lebih tinggi. Jadi, jangan pandang enteng ya!

 

  1. Mandi

Bila dah kenyang perut, janganlah terus mandi. Mandi akan meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh, terutama ke bahagian tangan dan kaki.

 

Ketika menyiram tubuh dengan air, kita seolah-olah memberikan kejutan pada  permukaan tubuh. Pengaliran darah dan saraf-saraf di kulit tiba-tiba menjadi sejuk. Apabila terlalu kerap kita mandi selepas makan,akan terjadi kerosakan kekal pada pembuluh darah dan proses penghadaman makanan pun turut terganggu.

 

 

  1. Tidur

    selepas makan
    Kredit: sol

Memang biasa ,lepas makan, kenyang perut, rasa mengantuk pun datang! Tapi sebenarnya tak bagus selepas makan terus tidur kerana ia boleh menganggu penghadaman dan membuatkan perut menjadi kembung kerana makanan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna.

 

Selain itu, ia juga boleh menimbulkan kerosakan pada organ penghadaman seperti infeksi pada bahagian ulu hati dan usus, jika dilakukan dalam tempoh yang lama.

 

  1. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal yang berat dan membuatkan tubuh banyak bergerak seperti bersenam sewajarnya tidak dilakukan setelah makan. Bersenam selepas makan akan mengganggu sistem penghadaman dan membuatkan perut menjadi kembung, sebu dan sebagainya.

 

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...