Skip to main content

Mawar Putih Filem Terakhir Rosnani Jamil

mawar putihBIAR dinasihat agar jangan aktif lagi dalam dunia pengarahan oleh anak-anak dan keluarganya tetapi dia tetap tekad mahu melahirkan mawar putih sebagai menghargai Allahyarham suami tercinta, Dato’ Jamil Sulong. Dia tahu anak-anak bimbang dengan kesihatan dan tekanan yang bakal diterimanya apabila kembali ke lokasi. Dia hargai itu tetapi Dato’ Rosnani Jamil mahu mengabadikan karya akhirnya dalam industri filem sebagai pengarah. Dia berjanji selepas filem ini dia tidak akan mengarah lagi.

 

mawar putihSkrip ‘Mawar Putih’ yang turut dibantu oleh arwah suami tercinta ketika menghasilkannya ini agak lama disimpan. Dia mahu menjadikannya realiti. Sebelum ini Dato’ Rosnani atau lebih mesra dengan penggilan Mak Nani, pernah mengarahkan filem ‘Mawar Merah’ (1987) ‘Antara Dua Hati’ (1989), ‘Memori’ (1992), ‘Amelia’ (1996) dan ‘Bicara Hati’ (2004).

 

“Saya buka dunia pengarahan saya dulu dengan sesuatu yang indah dalam hidup saya iaitu. ‘Mawar Merah’. Jadi, biarlah saya tutup dengan sesuatu yang bersih,  ‘Mawar Putih’,” ujarnya.

 

Menurut Mak Nani, filem ‘Mawar Merah’ melambangkan kematangan dalam pencarian kerjayanya dan dunia pengarahan. Kini dia mahu menutupi dunia seninya dengan sesuatu yang lebih tulus dan bersih. Secantik dan sewangi ‘Mawar Putih’. Judul mawar menjadi pilihan kerana itu awalan namanya ‘ros’.

 

Mak Nani sanggup berhabisan untuk menerbitkan filem ‘Mawar Putih’. Dia menggunakan semua wang simpanannya selama ini. Dia juga sedar filem ini ada kekurangan.

 

mawar putih“Mak harap terimalah filem ini seadanya. Memang banyak kelemahan tetapi tidak mungkin dapat Mak baiki lagi kerana Mak dah janji dengan anak-anak dan semua inilah filem akhir Mak. Dalam usia 80 tahun sekurang-kurangnya Mak bangga masih dapat berkarya.”

 

Mak Nani, satu-satunya seniwati veteran yang masih aktif dalam dunia seni dan mendapat pencapaian tertinggi dalam dunia seni tanah air. Memulakan kerjaya sebagai pelakon biasa kemudian berpeluang melanjutkan pelajaran ke London dalam jurusan filem dan selepas itu melebarkan sayapnya dalam dunia seni sebagai penulis skrip, penerbit dan pengarah pula.

 

‘Mawar Putih’ memulakan penggambarannya pada 17 Ogos 2015 dan selesai pada September 2015. Pilihan lokasi selain Kuala Lumpur, Mak Nani juga memilih tanah kelahirannya Padang dan tidak ketinggalan Jakarta serta Bukit Tinggi, Sumatera.

 

Mak Nani memang sentiasa dekat dengan negeri kelahirannya itu. Tidak hairan dalam filem ini dia turut mengundang dua pelakon Indonesia sebagai pelakon utama dan pembantu.

 

“Mak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua keluarga Mak yang menyokong Mak. Kepada semua wartawan yang dari dulu hingga kini masih memberi Mak sedikit ruang walaupun saya ni orang lama. Para karyawan dan pelakon yang sudi bekerja dengan Mak dalam serba kekurangan ini juga mereka yang pernah bekerja dengan Mak. Baik mereka di belakang tabir mahu pun para pelakon dalam filem Mak sebelum ini.

 

Tidak lupa kepada Finas yang turut membantu Mak menyediakan sedikit peruntukan untuk promosi filem ini. Ingin Mak ulangi lagi terimalah filem Mawar Putih Mak sebagai satu hasil kerja wanita berusia 80 tahun yang tidak pernah kenal penat dan jemu untuk berkarya.”

 

Kisah Mawar Putih

Mawar Putih mengisahkan sebuah keluarga bangsawan yang mempunya seorang anak gadis cantik dan bekerjaya hebat. Keluarganya mempunyai percaturan sendiri dalam mencari pasangan hidupnya. Namun, si anak tidak  sangka dia jatuh cinta dengan lelaki luar daripada kelompok keluarganya.

 

Tengu Sherina jatuh cinta dengan Irwan yang ditemui di rumah temannya. Cinta mereka begitu mendalam. Hubungan mereka nyata mendapat halangan kerana keluarga Tengku Sherina begitu mengutamakan kedudukan dan darjat.

 

Mampukah cinta mereka bersatu? Mahu menurut kata keluarga tidak mungkin Kerana kasih sayang mereka begitu mendalam. Kekeliruan hubungan ini Berpanjangan apabila Aidil bertemu dengan Cinta dalam percutiannya di Padang, Sumatera.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .