Skip to main content

Kepentingan Menabung Untuk Masa Depan

kepentingan menabung
kredit: freecreditscore

MASIH ramai di antara kita yang kurang menerapkan dalam diri tentang Kepentingan Menabung ini. Sekalipun anda masih muda, ia tidak bermakna anda tidak perlu mengatur kedudukan kewangan anda dengan cermat, sedangkan ia bersangkut paut dengan kehidupan masa depan yang lebih baik.

 

 

Setiap dari kita perlu belajar untuk menabung. Tidak dinafikan ia memerlukan komitmen yang tinggi kerana mengasingkan lebihan wang dan menghadkan perbelanjaan tidak mudah. Setiapkali mahu menabung, kita akan menangguhkannya kerana merasakan  belum perlu, tidak cukup dan sebagainya sedangkan kepentingan menabung  juga perlu diutamakan.

 

Menabung merupakan kunci kesenangan untuk masa depan. Contohnya anda boleh gunakan untuk deposit rumah, beli kereta terpakai secara tunai, melabur saham amanah, menampung pendidikan anak, insurans dan sebagainya. Bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, sebaiknya kita ajar anak-anak kita tentang kepentingan menabung sejak kecil lagi demi masa depan mereka yang lebih baik.

 

 

Bagi yang masih belum menabung, usahakannya walaupun tidak mudah seperti yang dibayangkan.Biarpun banyak sekali halangannya, kuatkan semangat dengan menetapkan tujuan kepentingan menabung itu.

 

 

MENABUNG AGAR KITA TIDAK STRESS DI KEMUDIAN HARI!

 

kepentingan-menabung
Kredit: retirement

Masalah kewangan boleh membuatkan hidup kita menjadi kacau bilau. Bahkan, boleh menjadi penyebab utama penceraian berlaku. Menghindari stres boleh menjadi salah satu alasan kita kena menabung. Dengan jumlah simpan yang mencukupi serta kedudukan kewangan yang stabil, kehidupan dan perhubungan akan berjalan dengan lebih lancar.

 

 

Menabung tidak akan merugikan kita, malah juga dapat membentuk karakter kita sebagai seorang yang berjimat cermat. Kepentingan menabung tidak perlu kita ragui kerana jika bukan kita yang mempersiapkan masa depan kita sendiri, siapa lagi kan. Jika kita tidak mulakan menabung sikit demi sedikit dari sekarang, bila lagi?

Menabung amat penting bila saat kecemasan tiba. Misalnya apabila kita terpaksa berhenti atau diberhentikan kerja. Tanpa tabungan yang cukup, bagaimana hendak menampung segala keperluan dan komitmen sedia ada? Jadi, menabunglah dengan berterusan.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Walaupun jumlahnya hanya sedikit, tetapi seiring dengan berjalannya waktu, jumlah simpanan akan terus melimpah! Percayalah kalau anda menabung RM100 sebulan, selepas 20 tahun anda pasti terkejut dengan hasilnya. Terlalu banyak kebaikan menabung yang boleh kita perolehi. Jadi, mulakan sekarang juga!

 

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .