Skip to main content

Cara Menyimpan Daging Supaya Segar

cara menyimpan daging
Kredit: myhomefoodthatsamore

DAGING adalah salah satu sumber protein yang sangat penting buat tubuh. Namun, apabila kita tidak tahu cara menyimpan daging yang betul atau sepatutnya, maka protein yang ada di dalamnya pun akan mudah hilang.

 

 

Biasanya sekali kita membeli daging, kita tidak akan terus mengolah ke semuanya untuk dimasak. Apatah lagi jika kita membelinya dalam jumlah yang banyak untuk dibuat stok.

 

Apabila cara menyimpan daging tersebut tidak betul, bukan sahaja kandungan zatnya yang akan hilang, malah daging itu sendiri akan menjadi tidak segar dan rosak.

 

Di bawah ini diberikan beberapa cara menyimpan daging yang sebaiknya dilakukan:

 

Cara Menyimpan Daging Segar

cara menyimpan daging
Kredit: foodmanufacture

  1. Simpan daging dalam peti sejuk jika tidak segera dimasak. Simpan daging di bahagian peti sejuk yang paling sejuk/beku. Jaga suhu peti sejuk 1° hingga 5° Celcius supaya bakteria tidak cepat membiak dan membuatkan daging busuk.

 

  1. Potong daging menjadi beberapa bahagian.Memisahkan daging dalam beberapa bahagian akan membantu kita untuk membekukan daging dan mencari jumlah daging yang tepat untuk dicairkan ketika mahu memasaknya.

 

 

  1. Bungkus rapat daging yang sudah dipotong dengan menggunakan plastik kedap udara (wrap). Setelah di wrap, bungkus lagi dengan menggunakan beg plastik dan simpanlah di dalam peti sejuk.

 

Cara menyimpan daging sebegini akan membuatkan daging tetap segar, awet dan tidak mudah rosak.

 

4.Rendam daging dalam mangkuk besar berisi air untuk melembutkannya sebelum dimasak. Potongan kecil dapat mencair dalam waktu 15-20 minit. Jadi, adalah lebih baik jika bekukan daging dalam potongan saiz kecil. Sudah pasti kita akan mengeluarkannya mengikut  kuantiti yang hendak kita masak sahaja,

 

 

Cara Menyimpan Daging Beku

  1. Sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, pastikan kita telah membungkusnya kemas-kemas di dalam plastik kedap udara.’

 

  1. Simpan di dalam peti sejuk dengan suhu ideal 18° Celsius

 

  1. Sebaiknya jangan simpan selonggok dan terlalu banyak.

 

  1. Apabila ingin mengolahnya, adalah lebih baik kita biarkan daging tersebut cair di dalam peti sejuk dengan suhu -1° sampai +4° Celsius .Ini adalah kerana apabila daging beku dicairkan di luar peti sejuk, hasil masakan daging tersebut akan terasa liat ketika dimakan.

 

 

  1. Setelah daging lembut atau bebas daripada air batu, teruslah dimasak.Kita disarankan tidak bekukan kembali daging yang sudah dikeluarkan daripada peti sejuk kerana sudah terdedah dengan udara dari luar peti sejuk.

 

Itulah antara beberapa cara menyimpan daging yang sebaiknya kita lakukan. Biasanya daging boleh disimpan di dalam peti sejuk selama enam bulan.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...