Skip to main content

6 Sebab Kenapa Kena Minum Air Suam Setiap Pagi

air suam
Kredit: healthydrinkingwaterblog

Musim cuaca panas, memang ramai yang demam.Tak pun diserang batuk, sakit tekak dan juga ulser mulut.Jadi, sebab itulah kita kena minum banyak air, lebih-lebih lagi air suam!

 

Rasanya ramai yang belum tahu, air suam mempunyai banyak khasiat atau kebaikan apabila kita meminumnya. Kebaikan ini tidak mungkin kita peroleh ketika minum air sejuk.

 

Berikut adalah beberapa kebaikan dari minum air suam:

 

  1. air suam
    Kredit: mdpcdn

    Membuang Racun Dalam Badan

Air suam boleh membantu kita membuang racun atau toksik dalam badan. Ini adalah kerana apabila kita minum air suam, suhu tubuh akan jadi meningkat dan kemudiannya menghasilkan peluh.

 

Peluh akan membantu melepaskan racun dari badan kita dan membersihkannya dengan betul. Untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus, tambahkan sedikit air perahan lemon pada minuman panas tersebut.

 

 

  1. Mengatasi Masalah Sembelit

Sistem penghadaman yang kurang elok boleh diubati dengan minum segelas air suam dua kali sehari, terutama pada awal pagi.

 

Lagipun masalah sembelit biasanya terjadi akibat kurangnya air dalam tubuh, sehingga membuatkan pergerakan usus menjadi lebih lambat. Air suam atau air panas boleh memecahkan partikel makanan dan merentasinya melalui saluran usus. Jika suka, boleh sahaja mencampurkannya dengan sedikit madu ataupun lemon.

 

 

  1. Mengurangkan Sakit Perut

Minum segelas air panas suam ini mampu mengurangkan sakit perut akibat menstruasi.

 

Air yang panas mempunyai efek yang mampu meredakan otot-otot perut, yang mana akhirnya dapat membantu menyembuhkan rasa sakit perut dan kejang akibat menstruasi.

 

 

  1. Ubat Selesema Dan Batuk

    air suam
    Kredit: cdn.xtremerain

Ubat semulajadi yang sangat bagus untuk selsema, batuk dan sakit tekak. Air panas suam ini akan melarutkan kahak dan juga membantu menghilangkannya dari saluran pernafasan,sehingga dapat membantu meredakan sakit tekan dan sebagainya.

 

Di samping itu juga, air panas suam juga turut membantu dalam membersihkan hidung yang tersumbat.

 

 

  1. Mencegah Penuaan Semulajadi

Apabila minum air panas suam, timbunan lemak di tubuh turut dibakar dan timbunan dalam sistem saraf juga dileburkan. Ini akan meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh serta mengeluarkan racun berbahaya.

 

Selain itu, air ini dapat membantu untuk memperbaiki sel-sel kulit yang dipengarahui oleh radikan bebas berbahaya sehingga meningkatkan keanjalan kulit kita. Kulit kita yang rosak akan kembali halus dan kelihatan segar.

 

 

  1. Menurunkan Berat Badan

Air suam juga bagus untuk menjaga metabolisme yang sihat, jika kita ingin menurunkan berat badan. Cara terbaik, minumlah segelas air suam bersama dengan perahan lemon dan madu. Ia akan membantu memecahkan jaringan lemak di dalam tubuh kita.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...