Skip to main content

Tinggalkan majikan,10 perkara perlu fikir

tinggalkan majikanSERONOK beraya dan bercuti panjang? Anda mahu tinggalkan majikan kerana cemburu melihat mereka yang tidak perlu kembali ke pejabat atau dengan kata lain bekerja dari rumah? Hakikatnya ‘dunia orang bekerja sendiri’ tidaklah seindah yang anda sangkakan.

Mereka yang bekerja sendiri atau bekerja dari rumah khususnya bisnes atas talian, tiada istilah cuti bergaji. Sebaliknya mereka lebih selesa dengan tagline: Ada kerja ada gaji. Tak ada kerja tak ada gaji.

 

Ertinya kalau tidak melayan pelanggan di facebook, memuat naik artikel di blog atau website, maka tersasarlah sedikit daripada matlamat yang sudah dirancang. Begitulah tegarnya mereka yang bekerja sendiri menunaikan komitmen demi sesuap nasi. Rasa rugi kalau tidak ‘bekerja’ membuatkan mereka pun mahu segera kembali ke ‘sarang’ iaitu di depan komputer.

 

Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk tinggalkan majikan, sebaiknya anda fikirkan dan ikuti  perkongsian Puan Nazurah Abdul Rahim dalam blognya, Nazurah.com mengenai hal ini.

 

10 perkara utama yang harus difikirkan sebelum tinggalkan majikan

 

“Sahabat yang masih bermajikan dan mahu tinggalkan majikan untuk ke dunia bisnes atau bekerjaya dari rumah, ini beberapa pesanan ikhlas dari saya yang telah melaluinya.

Dunia luar tidak seindah seperti yang kita lihat atau sebagainya. Ketahuilah sahabatku yang masih bekerjaya bermajikan. Beberapa perkara yang perlu sahabat hadam sebelum sahabat tinggalkan majikan:

1.  Apa yang kita mula bayangkan mungkin tidak seindah apa yang akan kita hadapi nanti, dunia di luar sangat mencabar dan ia sangat keras untuk kita lalui.

 

2. Sahabat semua perlu menjadi diri sendiri, mula membuat keputusan sendiri selepas ini dan semua keputusan baik atau buruk kita yang tentukan. Peratusan untuk kita gagal atau buat salah sangat tinggi tetapi harus kita pahatkan di hati ia adalah perkara biasa yang harus kita lalui. Jatuh dan harus bangun semula.

 

3. Tiada siapa lagi yang akan memberi sahabat tunjuk ajar, motivasi dan sebagainya, tiada lagi arahan kepada sahabat. Semuanya sahabat yang juga harus tentukan sebaik mungkin.

 

4. Tiada lagi waktu kerja yang harus sahabat patuhi tetapi haruslah sahabat tahu bahawa bekerjaya sendiri itu lebih hebat perlukan disiplin kita untuk menyusun sendiri masa kita dan ianya tentang “result” kita atau bisnes kita, masa itu emas.

 

5. Tiada lagi bonus besar setiap setengah tahun atau hujung tahun dari pihak syarikat dan hasil jualan/ kerjaya dari rumah memerlukan kerja keras sepanjang masa dan waktu. Kita pasti letih tetapi harus bertahan.

 

6. Janganlah kita bawa pangkat kita ke dunia luar, ini penting supaya kita tahu proses untuk bawa diri dan berjuang di medan luar. Ada orang bawa pangkat kerja dalam kehidupan dunia luar dan ini sebenarnya menjadikan kita kurang bijak kerana dunia luar haruslah kita bersilaturahim tanpa sempadan, sahabat nanti bukan jaguh lagi di dunia luar dan yang penting mereka bukan lagi menurut perintah atau arahan sahabat.

 

7. Tiada kesakitan yang akan menyebabkan kita “mc” cuti tahunan atau cuti public holiday, semua cuti itu akan menyebabkan kita tiada gaji nanti. Ini juga memerlukan tahap fizikal dan momentum yang bagus.

 

8. Kita perlukan bekalan ilmu yang cukup, sahabat mulalah sedikit-sedikit dari sekarang ya. Mulalah membaca ataupun mulalah mencari kelas yang sesuai untuk sahabat. Mulalah belajar sesuatu di tempat kerja sekarang, ianya mungkin boleh membantu sedikit sebanyak bila kita harus berjuang sendiri nanti.

 

9. Haruslah sahabat mengira berapa jumlah wang yang ada di tangan supaya sahabat tidak berlebihan dalam belanja. Ia akan menyebabkan sahabat panik nanti sekiranya sahabat tidak dapat menjana pendapatan kerana apa yang akan kita ceburi nanti perlukan masa untuk membuatkan hati senang.

 

10. Buatlah keputusan yang tepat, janganlah hanya kerana mengikut orang lain atau pendapat orang lain, Lebih baik sahabat membuat sedikit “research ” tentang apa yang bakal sahabat lakukan. Biarpun payah tetapi haruslah berusaha, biarpun salah tetapi haruslah mencuba!

Ini kisah perjuangan kita, ini akan menjadi cerita kejayaan kita. Berusahalah walaupun payah, berusahalah tanpa lelah. Buah kejayaan yang paling nikmat bila kita tinggalkan majikan ialah tiada siapa yang boleh memperkotak-katikkan kita atau merendahkan maruah kita. Kitalah kuli, kitalah bos!

 

Tiada yang mudah di dalam proses mendaki. Sekiranya salah mulalah bertenang dan lakukan lagi. Lihat semula apa yang salah dan perbaiki. Mohon Allah lancarkan segalanya nanti. Insya-Allah.

 

Salam kejayaan untuk semua sahabat. Tahniah juga kepada semua sahabat ABDR, anda semua juga adalah inspirasi saya dan tak lupa juga pada semua kakak-kakak yang banyak memberi nasihat dan banyak berkongsi pandangan dan adik-adik comel yang sekarang tidak bermajikan lagi.
Nota: Ini adalah cerita pengalaman saya selama hampir masuk tahun keenam bekerjaya hanya dari rumah dan ia mungkin akan memberi manfaat kepada sahabat nanti. Doakan kita semua murah rezeki.

Diizinkan share sekiranya sahabat rasa ia bermanfaat untuk orang lain juga.

Berdiri dengan ikhlas, mendakilah dengan tenang!

 

Teks: Nazurah Abdul Rahim

Nazurah.com

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .