Skip to main content

Rambut Menawan, Keyakinanmu, Bersama Sunsilk

Rambut MenawanRAMBUT menawan memberikan keyakinan kepada kebanyakan wanita. Lebih-lebih lagi anak gadis dan remaja, kerana produk penjagaan rambut yang sesuai boleh membantu mereka menyerlahkan lagi penampilan masing-masing.

 

 

Rambut MenawanJadi sebab itulah Sunsilk sentiasa mendahului usaha untuk menyuntik keyakinan di kalangan wanita dan menghidupkan semangat persaudaraan untuk menyokong satu sama lain.

 

Dengan janji jenama “rambut menawan, keyakinanmu”, Sunsilk melancarkan semula lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya, dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru.

Sunsilk Sebagai jenama syampu  dan perapi rambut nombor 1

Dari luar, rangkaian produk penjagaan rambut terbaru jenama yang berwajah baru tampak lebih menarik dan segar manakala di dalam botolnya terkandung formula yang ditambah baik dan memberi kesan lebih menakjubkan.

 

Rambut MenawanBerucap di majlis pelancarannya, Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata, “Sebagai jenama syampu  dan perapi rambut nombor 1* di Semenanjung Malaysia, Sunsilk memikul tanggungjawabnya sendiri; dan komitmen kami adalah untuk sentiasa mencipta inovasi dan membawakan produk penjagaan rambut yang terbaik untuk pengguna kami. Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan mereka.

 

Kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kami menaik taraf pembungkusan Sunsilk dan memperkukuh formula produk kami dengan teknologi terbaru bagi membolehkan kami terus menjadi rakan penjagaan rambut yang diyakini gadis-gadis Sunsilk kami.”

 

Formula inovatif Sunsilk telah diperkukuh untuk memberi penyelesaian penjagaan rambut yang terbaik. Ditambah baik dengan teknologi terkini, lapan (8) varian jenama telah diperkaya dengan protein, vitamin dan minyak semula jadi yang berkhasiat dan berkesan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berlainan. Setiap varian telah dicipta semula bersama barisan pakar penjagaan rambut yang terkenal, iaitu Yuko Yamashita, Dr. Francesca Fusco, Thomas Taw dan Jamal Hammadi untuk memastikan penjagaan terbaik untuk semua jenis rambut – sama ada lurus, kering, rosak, atau berhijab.

 

 

Rambut Menawan“Sunsilk sedar bahawa bukan mudah untuk memiliki rambut menawan yang sihat. Lebih-lebih lagi pada hari yang sibuk, dengan kekangan masa dan cuaca panas dan lembap di Malaysia sepanjang tahun. Keperluan dan kepentingan pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama kami, dan kami berusaha  dan untuk membantu gadis-gadis kami memiliki rambut menawan yang cantik  dan sihat dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

 

Dengan rangkaian lapan (8) produk penjagaan rambut berwajah baru yang lebih segar, kami berharap untuk memperkasakan gadis-gadis bagi membolehkan mereka mencapai impian, dengan rambut menawan dan menyerlahkan keyakinan,” kata Phoenix Ho, Pengurus Kanan Jenama Sunsilk, Kategori Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

 

Lagu Persaudaraan Sunsilk, berjudul Sisters Forever, juga telah dipersembahkan di majlis pelancaran, buat pertama kali, oleh empat bintang Malaysia yang sedang mencipta nama – Najwa Latif, Daiyan Trisha, Lizz Chloe dan Jestinna Kuan. Sisters Forever merupakan cara jenama memperkasakan anak-anak gadis dengan lagu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan rapat.

 

Lagu ini membuka lembaran baru dalam sejarah jenama, di mana Sunsilk mewujudkan komuniti Sunsilk ‘sisters’ untuk menggalakkan anak-anak gadis menulis cerita mereka sendiri. Sunsilk bukan sekadar menekankan kepentingan komuniti anak-anak gadis Sunsilk – menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain –  tetapi juga memperlihatkan rambut menawan yang menyerlahkan keyakinan mereka akan memperkasakan mereka menjadi yang terbaik.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .