Skip to main content

Penyebab Kanser Payudara Yang Perlu Anda Tahu

Kanser PayudaraBERCAKAP tentang kanser payudara, takutnya lain macam. Apatah lagi apabila mengenangkan ramai kawan Mamanet yang telah ‘pergi’ disebabkan kanser payudara, pembunuh dalam senyap ini!

Betul ke berjaga malam boleh jadi punca kanser payudara? Termasuklah kalau makan banyak sangat protein. Ikuti penemuan terbaru kajian di luar negara ini mengenai kanser.

 

Penyebab kanser payudara yang perlu dicegah

 

Bahaya Berjaga MalamKanser Payudara

Menurut kajian yang telah dibuat oleh The International Agency for Research on Cancer di Amerika, wanita yang kerap bekerja pada malam hari atau suka berjaga malam, lebih mudah terkena kanser payudara. Ini adalah kerana pengeluaran hormon ‘melatonin’ yang terganggu.

 

Hormon ini berfungsi mengatur pola tidur tubuh dan pengeluarannya menjadi lebih rendah jika terdedah pada cahaya.  Jadi, jika pada malam hari tubuh kita masih terkena cahaya, bermakna risiko kanser menjadi lebih tinggi.

 

Alamak, takutnya! Sesiapa yang gigih dan ketagih kerja, anda perlu mengubah gaya kerja anda. Dulu Mamanet pun memang seorang yang gigih dan ketagih kerja.

 

Disebabkan terlebih komited sangat, pernahlah tak tidur sampai 24 jam!  Tapi, sekarang… dah sedar diri sikit dan Mamanet mula untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin.

 

Perkara pertama yang akan Mamanet lakukan, banyakkan berehat dan bertafakur. Ia boleh menjauhkan kita daripada risiko kanser payudara.

 

Relaks dan bertenang juga boleh menyeimbangkan hormon yang ada di tubuh kita. Jadi, jumlah hormon ‘esterogen’ kita pun terjaga.

 

Hadkan Pengambilan DagingKanser Payudara

Selain itu,  kita juga harus kurangkan pengambilan daging sebab jika diambil terlalu banyak ia boleh mengundang kanser payudara. Ditubuh kita ada enzim ‘pankreatin’ yang ditugaskan menghadamkan protein dan membunuh sel-sel kanser.

 

Jika kita terlalu banyak mengambil protein, enzim tersebut akan jadi lebih sibuk mengolah protein berbanding membunuh sel-sel kanser tersebut.

 

Jadi, mulai hari ini jom sama-sama kurangkan pengambilan daging dan kita pilih makanan-makanan yang boleh mencegah kita daripada kanser tersebut. (Terlalu banyak protein soya juga dikatakan memudaratkan dan boleh menyebabkan kanser).

 

Selain itu, elakkan juga pengambilan makanan yang yang dibakar seperti steak terlalu banyak. Makanan yang dibakar akan mengandungi zat karsinogen penyebab kanser.

 

Cegah Kanser Payudara Dengan Diet SihatKanser Payudara

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran organik atau bebas racun perosak dikatakan mampu mencegah kanser. Diet yang sihat juga dapat membantu menurunkan risiko terkena kanser jenis lain, penyakit jantung, diabetis dan strok.

 

 

KLIK SINI DAN LIKE KAMI DI MAMANET

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...