Skip to main content

Membawa Anak Kecil Ke Masjid

membawa anak kecilMEMBAWA ANAK KECIL. Anak bising di masjid! Isu lama akan berulang lagi setiap kali Ramadan. Jadi, mamanet hidangkan panduan membawa anak kecil ke surau atau masjid dibawakan kepada anda. Biarpun Ramadan berakhir hari ini, namun tidak salah jika kita mengambil ikhtibar kerana selagi belum kiamat, Ramadan akan tetap muncul. Bahkan pada waktu-waktu biasapun kita pasti akan membawa anak kecil ke masjid untuk berjemaah. 
 

Ikuti panduan membawa anak kecil ke surau atau masjid ini oleh Puan Huzaimah Basar dalam blognya, huzaimahbasar.blogspot.my.
Nak gelak ke nak Sentap? Kerana kebisingan anak-anak, ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak kecil ke surau atau masjid. Anak Kak Ema bila dah jumpa geng aka sepupu terdekat memang meriahlah sekampung. Nama pun budak kecil. Bermain adalah hak mereka.

Tak apalah Kak Ema faham. So Kak Ema nak kongsi panduan membawa anak kecil ke masjid ketika terawih dan sembayang jemaah.

Panduan Membawa Anak Kecil Ke Masjid

1) Pilih masjid/surau yang kurang jemaahmembawa anak kecil
Biasanya ada ruang yang lebih selesa untuk semua jemaah.
2) Pilih saf di hujung & belakang sekali
Kak Ema akan tunggu jemaah muslimat penuhkan ruangan saf hadapan. Kak Ema akan duduk dibelakang sekali dan paling hujung. Mudah nak memantau pergerakan anak-anak.
3) Bawa buku aktiviti
Bawa buku seperti buku mewarna, kertas untuk melukis, busy book ataupun mainan yang mudah di bawa seperti anak patung, permanan blok yang kecil.
4) Melatih dari usia awal dengan membawa anak kecil ke masjid/surau
Suami rajin bawa anak dara tu ke surau. Bacaan fatihah pun dah pandai sikit-sikit. Kalau Umi dia ajar, banyak saja akalnya.
5) Pilih masjid mesra kanak-kanak
Surau rumah Kak Ema memang mesra kanak-kanak. Mungkin dah ditarbiyah oleh Imam muda Asyraf bulan Ramadhan tahun-tahun lepas mengenai kepentingan kehadiran anak-anak kecil ke surau.
6) Peka dengan persekitaran & awasi anak-anak
Kalau anak-anak bising, mak-mak segeralah bertindak. Moga anak-anak tidak mengganggu jemaah yang lain.
p/s: Usah jadikan masalah anak sebagai halangan untuk kita berjemaah di masjid. Bagaimanapun, jika anak demam atau meragam kerana mengantuk letih dan sebagainya, eloklah sembahyang sahaja di rumah. Keadaan anak yang kurang sihat mungkin akan menyebabkan dia menangis tanpa henti hingga anda tidak tenang untuk bersolat jemaah.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...