Skip to main content

Lagu Tema Filem Mawar Putih Nyanyian Tiesha

filem Mawar PutihLAGU tema filem Mawar Putih dinyanyikan oleh  Tiesha Syed Latiff Shah, gadis kelahiran Singapura. telah diadakan. Tiesha yang ditemui di majlis pelancaran album runut bunyi filem Mawar Putih, filem terbaharu arahan Seniwati Negara, Dato’ Rosnani Jamil  merupakan anak bongsu pelakon Herdawatie. 

 

Dua buah lagu yang terkandung di dalam album filem Mawar Putih adalah ‘Kau Yang Ku Panggil Cinta’ dan ‘Kamar Rindu’. Kedua duanya digubah indah oleh pemuzik hebat tanahair, Saudara S. Atan. Lirik bagi lagu ‘Kamar Rindu’ merupakan hasil nukilan Siso, manakala bagi lagu ‘Kau Yang Ku Panggil Cinta’, liriknya telah ditulis sendiri oleh Rosnani.

 

“Tiesha mengharapkan agar para peminat seni muzik di Malaysia akan suka dengan lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini, sekaligus memberikan sokongan pada buah tangan terakhir Mak Tok,” katanya sambil tersenyum manis. Tambahnya lagi, “Tiesha juga berharap, ini akan menjadi titik mula untuk Tiesha mencipta nama di dalam bidang nyanyian.”

filem Mawar PutihRakaman lagu untuk filem Mawar Putih hanya 2 hari

Berkongsi pengalaman sewaktu merakamkan lagu-lagu ini, Tiesha mengakui pada mulanya dia berasa berdebar sebelum memasuki studio rakaman. Berkat galakan dan bimbingan komposer tersohor tersebut, Tiesha berjaya menyudahkan rakaman hanya dalam tempoh dua hari sahaja.

 

“Tidak sukar sebenarnya untuk Tiesha cari mood waktu hendak merakamkan lagu ‘Kau Yang Ku Panggil Cinta’. Sebabnya Mak Tok sudah bersedia dengan filemnya untuk Tiesha tonton, biarpun filem itu belum menjalani proses pasca penerbitan. Tiesha disuruh tonton filem yang belum dimasukkan audio itu. Namun, Tiesha faham apa yang Mak Tok cuba sampaikan menerusi filem tersebut. Sebak juga Tiesha dibuatnya dan ia adalah bonus untuk Tiesha kerana dapat menjiwai lagu tersebut dengan lebih mudah,” jelas Tiesha lagi.

 

S.Atan turut berkongsi pengalamannya bersama Tiesha di dalam majlis tersebut. Menurutnya, kedua-dua buah lagu itu dicipta khusus untuk filem Mawar Putih. Setelah dimaklumkan bahawa lagu tersebut akan digunakan sebagai lagu tema sebuah filem, komposer terkenal ini segera mengilhamkan dua buah lagu yang mempunyai melodi unik dan tidak jemu didengar. Menurut S.Atan lagi, dia mahu pendengar terus terpikat dengan lagu tersebut, biarpun baru pertama kali mendengarnya.

 

Dalam majlis tersebut, para hadirin turut berpeluang mendengar alunan suara Tiesha secara ‘live’ . Majlis telah turut diserikan dengan kehadiran presiden dan ahli Persatuan Veteran RTM, Pertubuhan Wanita Sabah, dramatis Aznah Hamid yang ditemani anaknya Shera Iskandar, Mas Omar dan isterinya Sawiah, pelakon cantik Julia Ziegler dan kemunculan istimewa heroin Filem Mawar Putih sendiri, Reen Rahim.

 

SAKSIKAN FILEM MAWAR PUTIH YANG BAKAL DITAYANGKAN DI PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 18 OGOS 2016.

 Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...