Skip to main content

Idea Bubur Sedap untuk Anak 6 Hingga 12 Bulan

bubur sedapUNTUK menyediakan bubur sedap untuk bayi dan kanak-kanak bukanlah sukar. Mama hanya perlu sedikit kreativiti dan maklumat tentang kebaikan sesuatu jenis bahan masakan. Pada peringkat awal pemakanan bayi, elok diperkenalkan makanan dalam bentuk bubur atau jika dikisar halus disebut sebagai puri.

Bubur boleh dinikmati oleh bayi berusia 9 bulan ke atas. Manakala struktur puri yang halus dan lembut memudahkan bayi berusia 6 -8 bulan untuk belajar menerima makanan  pejal serta mudah pula dihadam.

Bubur merupakan sumber karbohidrat pertama untuk bayi. Bubur sedap boleh dihasilkan daripada nasi, bijirin atau buah-buahan. Ikan, ayam, susu, cendawan dan sayur-sayuran boleh ditambahkan ke dalam bubur atau untuk melengkapkan lagi menu dengan protein dan fiber untuk menyokong tumbesaran yang sihat.

Untuk anak berusia 6 hingga 8 bulan, lazimnya makanan pejal akan dimasak hingga lembut dan dikisar hingga halus. Bagi anak yang berusia 9 bulan ke atas, boleh cuba lenyekkan atau mengisar kasar makanan tersebut.

Cara penyediaan dan contoh puri serta bubur sedap untuk bayi dan kanak-kanak

Idea puri untuk bayi 6 bulan:Bubur sedap■ Puri epal
■ Puri kentang
■ Puri pisang
■ Puri lobak merah
■ Puri nasi dan bayam

 

Buah-buahan atau sayur-sayuran yang agak keras boleh dikukus atau direbus terlebih dahulu. Kemudian dikisar halus, disejukkan dan dibekukan. Pisang dan oat boleh dimakan terus.

 

Antara idea bubur sedap untuk anak yang berusia 9 bulan ke atas:Bubur sedap

■ Bubur nasi bersama tuna dan kacang buncis
■ Bubur nasi bersama labu dan isi ikan
■ Bubur nasi bersama sup kentang, kacang panjang dan lobak merah
■ Bubur nasi ayam dan brokoli

Bubur sedap

 

Protein dan sayuran yang dimasukkan ke dalam bubur digalakkan dipotong kecil untuk memudahkan anak makan sambil belajar mengunyah.
Awas!
Makanan pejal hanya boleh dimulakan apabila bayi berusia 6 bulan. Jika makanan pejal diberikan sebelum usia itu, dikhuatiri akan timbul masalah penghadaman atau usus disebabkan sistem penghadaman bayi yang belum bersedia dan belum cukup matang untuk menerima makanan selain susu.

 

Teks: Hifzaila Hafni

Panduanpemakanananak.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .