Skip to main content

9 Cara Masak Pasta Supaya Lebih Sedap

Cara Masak Pasta. Pasti ramai yang suka makan pasta dan tahu cara masak pasta ini kerana pasta bukan lagi hanya digemari oleh masyarakat Eropah. Malahan ia turut menjadi menu sajian kegemaran ramai di Malaysia.

 

Lagi pun cara masak pasta ini tidaklah sesukar mana. Tetapi, sebelum masak pasta, kita kenalah tahu cara masak pasta yang betul supaya lebih sedap untuk dinikmati.

 

Tip cara masak pasta ini mungkin berguna bagi anda yang menyukai hidangan pasta.

cara masak pasta

Berikut adalah cara masak pasta yang betul:

 

  1. Gunakan periuk yang besar dan dalam supaya boleh menampung banyak air di dalamnya. Pasta memerlukan banyak air agar dapat masak dengan sempurna.

 

 

  1. Pasta yang berkualiti tinggi memiliki warna keemasan dan sedikit transparent.

 

cara masak pasta

  1. Pasta sebaiknya dihidangkan dalam keadaan panas. Jika perlu, panaskan dalam microwave sebelum dimakan.

 

 

  1. Sebelum dimasak, lebih bagus jika kita lumur terlebih dahulu pasta tersebut dengan sedikit tepung gandum dan biarkan seketika, 10-15 minit sebelum direbus.

 

  1. Selain itu, boleh juga simpan seketika pasta yang ingin dimasak di dalam peti sejuk untuk seketika waktu.

 

 

  1. Pastikan suhu air yang digunakan untuk merebus pasta tidak terlalu mendidih, dan jangan letak pasta ketika air masih belum panas atau berwap.

 

 

  1. Sebaiknya jangan memasak pasta terlalu matang atau masak kerana ia akan membuatnya keras ketika dinikmati.

 

 

  1. Ketika pasta sudah matang, masukkan segelas air sejuk ke dalam periuk untuk menghentikan proses kematangan pasta, kemudian toskan.

cara masak pasta

 

  1. Sebaiknya tidak menambah minyak atau garam ketika memasak pasta, kerana minyak akan membuatkan rencah-rencah pada sos tersebut tidak meresap ke dalam pasta. Hilanglah kenikmatan sebenar pasta yang anda sediakan itu.

 

NOTA: Untuk makluman anda, pasta bukan sahaja boleh digunakan untuk resipi makanan barat tetapi sesuai dan sedap untuk resepi ala Malaysia. Seperti penggunaan spegeti sebagai laksa Johor, ia juga sesuai untuk menggantikan mi kuning. Anda boleh gunakan spegeti untuk mi goreng, mi kari, mi sup dan apa-apa sahaja yang bersesuaian.

SELAMAT MENCUBA!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .