Skip to main content

7 Cara Kempiskan Perut Buncit, Wajib Cuba!

Cara Kempiskan PerutBUKAN mudah nak kempiskan perut kalau dah bertahun-tahun anda simpan lemak tepu di dalamnya. Bagaimanapun, setiap masalah ada penyelesaiannya. Paling penting kita ambil tindakan mudah dahulu. Sebenarnya ada banyak cara kempiskan perut buncit yang boleh anda lakukan. Nak tahu rahsianya? Semak artikel ini sampai habis!

Ada kalanya perkara yang kita anggap remeh itulah yang sebenarnya akan mencorak kehidupan kita. Tak perlu beli ubat kurus. Ubah sikap dan rutin harian anda. Insya-ALLAH perut anda akan kempis. Tapi awas! Jangan culas. Sesuatu yang dilakukan mestilah istiqamah, barulah berhasil.

 

Berikut Cara Kempiskan Perut Buncit:

 

  1. Minum Air Masak Setelah Bangun TidurCara Kempiskan Perut

Sewaktu bangun dari tidur, jangan teragak-agak untuk minum segelas air masak. Air masak memainkan peranan penting bagi penghadaman, melancarkan penghadaman serta memaksimakan fungsi hempedu sehingga boleh membuang segala racun di dalam perut.

 

  1. Kunyah Makanan Sampai Lumat

Usahakan untuk mengunyah makanan sehingga benar-benar lumat. Ia merupakan cara kempiskan perut yang boleh anda praktikkan. Ini adalah kerana supaya makanan tersebut benar-benar hancur dan dapat dihadamkan dengan sempurna.

 

Organ penghadaman akan mengurai makanan tersebut dengan baik dan tidak akan berlaku penimbunan lemak.

 

  1. Kurangkan Pengambilan Garam Secara BerlebihanCara Kempiskan Perut

Kandungan garam memberikan ekstra sodium dan memperlambatkan mekanisme dan mendorong air keluar dari sel. Perkara ini menyebabkan perut terasa penuh dan kembung.

 

 

  1. Elakkan Makanan Bergorengcara kempiskan perut

Makanan bergoreng merupakan makanan yang memiliki banyak kandungan lemak tepu yang sukar dihadamkan dengan cepat. Akibatnya lemak akan berkumpul di bahagian perut, sehingga membuatkan perut menjadi buncit.

 

 

  1. Kurangkan Pengambilan Makanan BerkarbohidratCara Kempiskan Perut

Cara kempis perut buncit yang boleh anda amalkan, usahakan untuk mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi, pasta dan roti putih.

 

Gantikannya dengan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

 

  1. Minum Teh HijauCara Kempiskan Perut

Salah satu kebaikan teh hijau adalah untuk mengurangkan penyerapan lemak. Jadi, sebab itulah minum teh hijau dikatakan menjadi salah satu cara kempiskan perut. Cubalah minum teh hijau sekali sehari dapat membantu proses pengurangan lemak.

 

 

  1. Bersenam Secara Teratur

Bersenam mampu mempengaruhi metabolisme tubuh. Ketika bersenam, lemak dalam tubuh akan menjadi sebuah tenaga dan tubuh kita mengeluarkan kelenjar peluh, yang mana peluh adalah racun yang dikeluarkan dari dalam tubuh kita.

 

Dengan  bersenam, tubuh akan akan mengeluarkan racun-racun dan memaksimumkan pembakaran lemak.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik sini dan like page mamanet@harianwanita

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .