Skip to main content

6 Petua Hilangkan Senggugut

Petua Hilangkan SenggugutRAMAI wanita yang mengalami senggugut atau rasa sakit ketika datang haid pada setiap bulan. Di sini terdapat beberapa petua hilangkan senggugut yang boleh anda amalkan.

 

Sebenarnya senggugut atau rasa sakit ketika datang haid adalah sesuatu yang normal dan lumrah terjadi.Gejalanya berbeza-beza pada setiap wanita, ada yang sakitnya biasa-biasa sahaja dan ada juga yang tidak tertahan kesakitannya. Biasanya senggugut terjadi disebabkan ketidakseimbangan hormon. Senggugut menjelang datang haid disebut  pre menstrual syndrome.

 

 

Berikut 6 Petua Hilangkan Senggugut:

Ada beberapa tip atau petua hilangkan senggugut secara semulajadi tanpa perlu menelan ubat penahan sakit dan sebagainya.

 

  1. Jamu KunyitPetua Hilangkan Senggugut

Petua hilangkan senggugut dengan meminum jamu kunyit boleh dicuba. Khasiat kunyit terlalu banyak, selain menyegarkan tubuh ia juga dapat membantu meredakan kesakitan senggugut.

 

Jika anda rajin, anda boleh membuat sendiri jamu kunyit ini. Caranya mudah sahaja, ambil 3 ulas kunyit hidup, kupas kulit dan bersihkannya. Setelah itu, parut dan tambahkan sedikit air, ramas, tapis dan ambil patinya. Kemudian tambahkan sedikit dengan asam jawa dan gula merah, kemudian rebus sehingga mendidih dan angkat.

 

Jamu kunyit ini sebaiknya diminum dalam keadaan panas bagi mengurangkan senggugut yang anda alami.

 

 

  1. BertungkuPetua Hilangkan Senggugut

Jika tidak tahan sangat dengan kesakitan yang dialami, anda boleh mencuba petua hilangkan senggugut dengan bertungku.

 

Bertungku boleh dilakukan dengan cara mengisi air panas di dalam botol atau menggunakan tuala  yang direndam di dalam air panas. Tungkulah pada bahagian perut bawah yang sebu dan sakit itu, disertai dengan urutan lembut.

 

Tujuan bertungku adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan membuatkan otot-otot di sekitar perut lebih relaks sehingga rasa sakit tersebut berkurangan.

 

 

  1. Mandi Air Panas SuamPetua Hilangkan Senggugut

Mandi dengan air panas suam dikatakan mampu membuatkan tubuh lebih relaks, sehingga dengan perlahan-lahan sakit senggugut tersebut akan beransur hilang.

 

 

  1. Rehat SecukupnyaPetua Hilangkan Senggugut

Petua hilangkan senggugut yang keempat ini cukup mudah. Anda hanya perlu beristirahat secukupnya, paling kurang tidur selama 7 jam pada malam hari.

 

 

Di samping itu, cuba tidur selama sejam pada siang hari dapat membantu membuatkan tubuh anda lebih relaks dan segar, sehingga boleh mengurangkan sakit senggugut.

 

 

  1. Pilih Makanan Mengandungi Zat BesiPetua Hilangkan Senggugut

Ketika datang haid, wanita lebih mudah mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah. Jadi, sebab itulah ketika datang haid, kita digalakan makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Misalnya sayur bayam, hati ayam, ubi merah dan sebagainya.

 

Selain makan makanan tinggi zat besi, pengambilan buah-buahan segar dan perbanyakkan minum air masak juga akna membantu membuatkan tubuh menjadi lebih segar dan terhindar daripada dehidrasi. Elakkan minuman berkarbonat, berais dan mengandungi kafien kerana ia akan memparahkan lagi keadaan anda.

 

 

  1. Air Halia SuamPetua Hilangkan Senggugut

Ternyata halia mempunyai pelbagai khasiat yang boleh kita manfaatkan. Salah satu petua hilangkan senggugut adalah dengan meminum air halia suam.

 

Minumlah tiga kali sehari, sehingga kesakitan sengggut anda itu betul-betul hilang. Minuman ini akan bekerja dengan cara meredakan kembung perut yang terjadi pada otot.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .