Skip to main content

5 Minuman Penambah Stamina! Jom Buat Sendiri!

Minuman Penambah StaminaMINUMAN Penambah Stamina sering diambil sebagai solusi di saat badan terasa amat penat. Tetapi, tahukah anda minuman menyegarkan itu mengandungi bahan pengawet dan kafien?

Ramai yang menyangka bahawa hanya kopi dan minuman coklat saja yang dapat menambah tenaga. Bukan hanya kopi yang dapat memberikan energi atau stamina anda terutama di pagi hari. Lagipun jika pengambilan minuman penambah tenaga seperti kopi ini diambil secara berlebihan  juga tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Sebenarnya minuman berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran dan susu adalah pilihan yang lebih baik untuk anda yang mahu menjaga kesihatan dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Minuman penambah stamina anda bagi menggantikan energi

 

Berikut beberapa jenis minuman yang mampu menjadi minuman penambah stamina anda bagi menggantikan energi yang anda boleh dapati daripada secawan kopi itu:

 Minuman Penambah Stamina

  1. Teh Hijau

Teh hijau mempunyai pelbagai khasiat termasuklah kemampuannya untuk melawan penyakit jantung, mengurangkan kolesterol jahat, meningkatkan metabolisme serta mengurangkan tanda-tanda penuaan semulajadi.

 

Kandungan antioksidan dan sifat anti-inflamasi dalam teh hijau akan bekerja efektif memerangi proses penuaan semulajadi.

 

 

  1. Jus SayuranMinuman Penambah Stamina

Klorofil dan biomolekul yang terdapat apda sayuran hijau turut membantu melancarkan oksigen dalam darah serta meningkatkan energi secara semulajadi.

 

Anda boleh cuba mencampurkan bayam, timun, halia, kangkung, epal dan saderi sebagai minuman penambah stamina anda.

 

 

  1. Air KelapaMinuman Penambah Stamina

Air kelapa yang menyegarkan ini mampu menghidrasi tubuh. Air kelapa kaya dengan kalium dan merupakan elektrolit yang penting bagi tubuh. Anda boleh gandingkan air kelapa dengan spiriluna.

 

Kombinasi air kelapa dan spiriluna ini bukan sahaja menghasilkan minuman yang cukup menyegarkan, bahkan sebagai minuman penambah stamina badan.

 

 

  1. Air LemonMinuman Penambah Stamina

Segarkan tubuh anda dengan minuman penambah stamina, air lemon. Anda hanya perlu masukkan dua sudu makan perahan air lemon ke dalam segelas air masak.

 

Kemudian tambahkan sedikit garam dan gula, kacau sehingga larut. Untuk rasa yang lebih menyegarkan, tambahkan sedikit ais.

 

 

  1. Susu dan YoghurtMinuman Penambah Stamina

Campurkan segelas susu dengan dua sudu besar yoghurt (plain). Kemudian tambahlah dengan sedikit hirisan pisang dan sedikit madu asli. Kombinasi ini bakal menghasilkan minuman penambah stamina yang cukup nikmat dan menyegarkan.

 

Terus berhubungan dengan kami di facebook. Sila klik sini dan like

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...