Skip to main content

5 Makanan Penyebab Mata Panda

Penyebab Mata PandaTENTU ramai yang tidak sangka, antara penyebab mata panda atau munculnya lingkaran hitam bawah mata ialah makanan yang kita nikmati.

 

Jadi, sebab itulah masalah mata panda yang anda alami tak hilang-hilang. Nampaknya lepas nie anda kena lebih titik beratkan soal pemakanan bagi mendapatkan mata yang lebih menawan tanpa cela hitam!

 

Antara makanan yang menjadi penyebab mata panda:

 

  1. Makanan Yang Mengandungi KafeinPenyebab Mata Panda

Kopi mampu meningkatkan energi di pagi hari sebab kandungan kafein di dalamnya mampu membuatkan hormon adrenalin di dalam tubuh sehingga membuatkan kita jadi lebih bersemangat.

 

Tetapi kalau mengambilnya terlalu banyak, ia juga memberikan efek buruk untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Lebih-lebih lagi jika di ambil di malam hari kerana kopi dapat merampas waktu tidur mata dan menimbulkan lingkaran hitam di bawah mata.

 

  1. Makanan Bergaram TinggiPenyebab Mata Panda

Makanan yang kaya dengan garam atau sodium, mampu mengikat kadar air yang ada di dalam tubuh badan. Perkara ini boleh membuatkan mata benggak dan menjadi penyebab mata panda.

 

Jadi, sebab itulah kita kena pilih-pilih makanan yang hendak dimakan. Jangan ambil yang kandungan garamnya terlalu tinggi.

 

  1. CoklatPenyebab Mata Panda

Alamak, coklat!  Walaupun banyak manfaat kesihatan yang tersembunyi di dalamnya. Mengambil terlalu banyak coklat juga boleh menjadi penyebab mata panda kerana kandungan kafein di dalamnya. Terlalu banyak makan coklat bukan sahaja membahayakan kesihatan, bahkan kecantikan kulit juga boleh terjejas.

 

  1. Mentega KacangPenyebab Mata Panda

Oooii memang sedap kalau mentega kacang dibuat kuih ataupun disapu pada roti.  Namun, di sebalik rasanya yang sedap itulah ada perkara yang perlu kita waspada. Kandungan kalium yang terdapat dalam mentega kacang ini boleh menjadi penyebab mata panda muncul.

 

 

  1. Makanan Penyebab AlergiPenyebab Mata Panda

Selain itu, penyebab mata panda juga merupakan tanda bahawa tubuh anda bertindak balas terhadap beberapa jenis makanan. Makanan penyebab alergi ini ada bermacam-macam, bergantung pada diri masing-masing. Jadi, anda perlu mengenal pasti sendiri apa makanan yang boleh anda nikmati ataupun tidak.

 

LIKE KAMI DI FACEBOOK MAMANET

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...