Skip to main content

4 Kebaikan Minum Jus Belimbing Luar Biasa

Jus BelimbingADA tak yang suka minum jus belimbing? Di sebalik bentuknya yang cantik, buah ini dilengkapi dengan pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin A,C, E, K, kalsium, sodium, magnesium dan zat besi.

 

Memang kita kurang mengendahkan belimbing yang sebenarnya banyak manfaatnya. Oleh itu, sebaiknya kita tahu bagaimana buah ini mampu membantu kita dalam menjaga kesihatan luar dan dalam.

 

Berikut ini adalah khasiat jus belimbing untuk tubuh kita:

 

  1. Mengatasi Masalah Muka Berminyak

Jus belimbing memang berkhasiat untuk mengawal minyak di kulit. Buah belimbing juga boleh digunakan sebagai skrub semulajadi untuk mengurangkan bintik-bintik hitam. Selain itu, masker belimbing jika digunakan secara teratur boleh mengurangkan lebihan minyak di muka.

 

 

  1. Menyihatkan JantungJus Belimbing

Buah belimbing turut dilengkapi dengan potassium yang diperlukan oleh tubuh. Potassium ini memainkan peranan untuk menstabilkan tekanan dan denyutan jantung serta mengimbangi efek buruk daripada sodium.

 

Di samping itu, zat tembaga yang terdapat dalam buah ini juga efektif untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

 

 

  1. Mencegah Rambut Rosak Dan Uban

Pengambilan jus belimbing secara teratur boleh memperlambatkan penuaan semulajadi pada rambut anda. Vitamin C dan juga antioksidan dalam buah belimbing  memainkan peranan penting dalam untuk menjaga kesihatan batang dan akar rambut.

 

Malahan, Vitamin B –kompleks yang terdapat dalam buah belimbing juga akan membuatkan rambut menjadi lebih cepat tumbuh dan lebat.

 

 

  1. Melancarkan PenghadamanJus Belimbing

Buah belimbing turut mengandungi serat yang tinggi, mampu menjaga membran mukosa di usus besar  daripada racun yang masuk ke dalamnya.

 

Serat ini dikatakan mampu menghalang zat karsinogen penyebab kanser, dan membuangnya dari tubuh. Manakala zat tembaga dalam belimbing mencegah feses keras dan kering, sehigga melancarkan penghadaman serta proses pembuang air besar anda.

 

Sungguhpun banyak khasiatnya, anda yang mengalami masalah buah pinggang, elakkan makan dan minum jus belimbing. Ini adalah kerana asid oksalat yang tinggi tidak elok untuk pengidap penyakit buah pinggang dan boleh menyebabkan kelemahan otot, kekejangan serta masalah jantung. Take note ya!

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .