Skip to main content

4 Cara Pilih Daging Ayam Segar

Daging Ayam SegarCERITA fasal ayam, kadang-kadang boleh buat kembang tekak. Pernah tak anda terbeli ayam busuk dan berulat? Ini ada tip cara pilih daging ayam segar untuk mengelakkan kejadian yang mengerikan itu daripada berulang. 

 

 

Rahsia memasak ayam yang sedap dan lazat bukan hanya terletak pada rempah ratus yang digunakan. Kita juga perlu memilih daging segar supaya menu masakan kita lebih lazat dan sedap rasanya.

 

Berikut beberapa trik memilih daging ayam segar:

 

  1. Tekstur DagingDaging Ayam Segar

Cubalah pegang daging ayam yang hendak anda beli itu. Jika terasa kenyal atau elastik, bila ditekan akan kembali seperti asal semula terutama di bahagian paha dan dada ayam yang kelihatan montok dan berisi.
Selain itu, untuk memilih daging ayam segar pastikannya bebas daripada tanda-tanda memar atau luka luar dan dalamnya. Pastikan juga tidak ada tulang-tulang yang patah atau remuk di seluruh bahagian ayam.

 

Sebaik sahaja anda membeli daging ayam segar tersebut dari pasar atau supermarket, sebaiknya terus dicuci bersih. Jika tidak terus dimasak, simpan dalam bekas kedap udara, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk bahagian beku agar kesegarannya terjaga lebih lama dan bersih.

 

 

  1. Warna Segar

Daging ayam segar biasanya berwarna pink yang cerah dan tidak lebam atau menghitam. Jika ayam tersebut berwarna putih mungkin disebabkan terlalu lama disimpan dengan ais batu. Selagi masih jelas kelihatan pink yang cerah atau segar, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

 

Sementara itu, pada bahagian kulitnya nampak elok, bebas daripada sebarang luka, lebam darah beku dan bulu.

 

  1. Bau

Untuk memastikan ia adalah daging ayam segar, cuba baunya. Jika bau tersebut semacam sahaja, berlendir dan sebagainya jelas membuktikan ia bukan lagi daging ayam segar. Sebaliknya mengarah pada kesbukan. Ayam yang sihat berbau segar.

 

  1. Jangan Pilih Ayam Yang Berdarah

Ayam yang masih berdarah-darah menunjukkan ia telah dikendalikan dengan cara kasar dan risiko mendapat bakteria juga jauh lebih tinggi.

 

5. Ayam mati?Daging Ayam Segar

Soal sembelih atau tidak adalah perkara pokok yang wajib diambil kira. Bagaimana hendak mengenal secara kasar ayam yang disembelih atau tidak? Paling penting anda perlu tahu sumber dari mana ayam itu datang. Sebaiknya belilah daripada pembakal yang dipercayai, contohnya ada tanda halal JAKIM atau beli dipasar dan dijual oleh penjual muslim. Lihat tanda sembelih yang sempurna pada bahagian leher ayam.

Seperti yang dijelaskan dalam arrazzi.blogspot.my, sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halkum (saluran pernafasan) dan marih (saluran makanan dan minuman).

Firman Allah yang bermaksud: “Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”  (Surah Al-An‘am: 118)

Di sinilah letaknya perkara utama bagaimana cara memilih daging segar yang terbaik. Setakat ini pengalaman Mamanet membeli ayam di pasar segar oleh pembekal muslim tidak pernah mengecewakan. Malah tembolok ayam itu penuh dengan jagung dan dedak tanda dia sihat dan makan dengan baik.

 

Mamanet pernah membeli ayam di pasaraya dan bila disiang, mamanet lihat temboloknya kosong dan kecut. Terus mamanet tak jadi masak sebab takut ayam itu telah mati lebih awal sebelum disembelih atau dibiarkan kebuluran berhari-hari sebelum disembelih. Wallahualam.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik sini dan like page mamanet@harianwanita

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...