Skip to main content

4 Cara Memakai Eyeliner Dengan Mudah

Cara Memakai EyelinerRAMAI wanita suka pakai eyeliner dan cara memakai eyeliner yang betul akan menyerlah dan mencantikkan lagi bentuk mata. Hati-hati kerana silap pakai, mata anda akan kelihatan pelik. Sebaiknya pakailah secara sederhana supaya nampak semulajadi.

 

 

 

 

 

Sebenarnya masih ramai yang belum mengetahui cara memakai eyeliner dengan mudah dan tepat supaya nampak lebih cantik dan sesuai dengan bentuk mata. Tak kisahlah jika anda bermata sepet, mata bulat ataupun bermata lebar. Dengan teknik yang betul atau tepat ketika mengaplikasikannya mata akan kelihatan lebih tajam dan tegas.

Berikut adalah cara memakai eyeliner yang tepat dan mudah:Cara Memakai Eyeliner

 

  1. Langkah Pertama

Sediakan eyeliner. Anda boleh menggunakan eyeliner pensel ataupun eyeliner cair, tetapi jika  masih belum terbiasa dengan cara  memakai eyeliner, sebaiknya anda gunakan eyeliner pensel sahaja. Jika kurang mahir, eyeliner cair akan mencomotkan mata anda jika tidak betul caranya.

 

  1. Langkah Kedua

Cara memakai eyeliner yang betul , anda perlu letak tangan anda di atas meja supaya ketika anda mengaplikasikan eyeliner tangan anda tidak bergoyang atau bergetar-getar dan lebih stabil.

 

Kemudian, gunakan tangan kiri yang menarik hujung kelopak mata untuk memudahkan dan mendapatkan hasil garisan yang lurus sewaktu anda mengaplikasikan eyeliner.

 

 

  1. Langkah Ketiga

Untuk memudahkan anda mendapatkan hasil efek mata yang lebih menawan, terlebih dahulu buat garisan pada mata, bentukkannya sesuai dengan keinginan kita.

 

Buat garisan, mulakan.Mulakan dari bahagian tengah mata hingga ke bahagian hujung mata mengikut garis mata, secara perlahan-lahan bagi mendapatkan hasil yang lebih kemas.

Jika anda ingin membuat cat eyes atau ala Korea, anda perlu menarik hujung terkeluar meruncing ke arah atas.

 

 

  1. Langkah KeempatCara Memakai Eyeliner

Untuk bahagian bawah mata, aplikasikan eyeliner pensel dengan cara menarik hujung kelopak mata bahagian  bawah. Buatlah garisan mendekati atau tepat berada di garisan bulu mata supaya ia nampak lebih natural.

 

Ketika memakai eyeliner pensel, anda perlu membuka mulut agar otot-otot mata menjadi lebih relaks dan lap hujung pensel dengan kapas supaya lebih lembut ketika anda mengaplikasikannya ke bahagian bawah mata.

 

Ikuti kami di facebook dan like page mamanet@harian wanita

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .