Skip to main content

4 Cara Elak Muka Tua Lebih Dari Usia Sebenar

muka tuaUSIA muda lagi, tetapi muka nampak tua! Tahukah anda gaya hidup yang tidak sihat boleh buat muka tua sebelum waktu. Argh! Memang ngeri kan?

 

 

Sebenarnya ada banyak faktor dan penyebab membuatkan seseorang itu nampak tua. Selain gaya hidup yang kurang sihat, pengambilan makanan dan penggunaan produk kecantikan yang salah boleh menyebabkan muka tua jelas kelihatan dari usia sebenar anda.

 

Berikut beberapa kebiasaan yang boleh membuatkan muka tua anda bakal  kelihatan jika tidak segera diatasi:

 

  1. Sering Terkena Sinaran Cahaya Mataharimuka tua

Penjagaan kulit sangat penting untuk mencegah penuaan semulajadi. Jaga kelembapan kulit anda dengan menggunakan krim malam sebelum tidur mampu membantu proses regenerasi kulit.

 

Di samping itu, ketika melakukan aktiviti luar rumah, jangan lupa gunakan krim pelindung matahari.

 

 

  1. Tak Cukup Tidurmuka tua

Kurang istirahat boleh menyebabkan lebam bawah mata atau mata panda dan mempercepatkan penuaan kulit.  Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi kerana pada waktu malam, hormon stres akan turun ke tahap normal dan sel-sel kulit mati diperbaharui.

 

Selain waktu tidur, posisi tidur juga boleh menyebabkan. Ini adalah kerana posisi tidur mempengaruhi penuaan pada wajah. Tidur dengan posisi mengiring atau meniarap membuatkan beban kepala tertumpu pada wajah dan membuatkan kulit muka terus tertekan. Posisi telentang merupakan posisi tidur terbaik bagi menjaga ketegangan atau keanjalan kulit wajah.

 

 

  1. Kurang Minum Air Masakmuka tua

Kekurangan minum air masak bukan hanya boleh menganggu kesihatan, bahkan turut membuatkan kulit kita menjadi kusam dan cepat berkedut. Kekurangan cecair di dalam tubuh membuatkan kulit menjadi stress sehingga dalam jangka panjang akan membuatkan muka tua anda jelas kelihatan daripada usia sebenar.

 

Selain itu makanlah makanan yang terkandung antioksidan di dalamnya, yang bagus untuk mencegah penuaan.

 

 

  1. Kurang Bersenammuka tua

Kalau nak sentiasa nampak awet muda, kenalah rajin bersenam pada setiap hari. Paling kurang, 30 minit setelah bangun tidur di pagi hari.

 

Kurang bersenam akan menyebabkan kesegaran tubuh menurun, yang mana akhirnya akan mempercepatkan risiko terjadinya penuaan semulajadi. Di samping itu, bersenam secara teratur juga dapat mengurangkan stress dan tidur anda pun menjadi lebih lena.

 

 

Semoga perkongsian info elak muka tua ini bermanfaat, yang ingin memiliki wajah awet muda cubalah praktik tip tersebut.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .