Skip to main content

Nak Langsing Masa Raya? Cuba 5 Cara Diet Di Bulan Puasa!

Cara Diet Di Bulan PuasaAnda yang berbadan besar, teringin nak turunkan berat badan dalam bulan puasa ini? Mamanet tahu rahsia dan juga cara diet di bulan puasa yang betul supaya anda ‘confirm’ kurus masa Raya!

 

Tak dinafikan ada orang yang jadi bertambah gemuk setelah sebulan berpuasa. Tetapi ada juga yang mengalami penurunan berat badan. Sebenarnya bulan puasa merupakan masa terbaik untuk kita berdiet atau menjaga jadual pemakanan, sama ada waktu makan, jumlah makanan yang diambil  dan menu makanan.

 

Cara diet di bulan puasa yang tepat ini akan membuatkan tubuh menjadi lebih ideal, sama ada yang gemuk mahupun kurus. Paling penting, kita kena bijak mengatur pola pemakanan ketika bersahur dan berbuka puasa.

Cara diet di bulan puasa yang tepat ini akan membuatkan tubuh menjadi lebih ideal:

  1. Kita Wajib Bersahur!

Cara diet di bulan puasa yang betul kita kena juga bersahur. Jangan disebabkan nak kurus, kita sanggup berlapar perut dan cuma minum air masak sahaja. Kita wajar bersahur supaya ada energi dan tidak lemah di siang hari.

 

Pastikan makanan yang dipilih untuk bersahur itu lengkap nutrisinya. Ada karbohidrat, protein, serat daripada sayur-sayuran, vitamin dan mineral daripada buah-buhan serta lemak sihat yang boleh didapati daripada ikan, kacang pis dan minyak zaitun.

 

Mulakan diet sahur dengan mengatur waktu sahur yang tepat. Sebaiknya minum segelas air masak, setelah itu barulah anda menjamah nasi beserta lauk pauk dan sayur-sayuran.

 

Cara Diet Di Bulan PuasaHindari makanan berlemak tinggi seperti nasi goreng dan jenis-jenis gorengan lain. Makanan jenis tersebut sukar dihadamkan dan cenderung ditimbun dalam bentuk lemak. Pilih makanan sihat seperti beras perang, daging tanpa lemak, dada ayam, ikan dan minyak zaitun yang diseimbangkan dengan buah-buahan segar.

 

Akhiri atau sekurang-kurangnya makan sahur dengan pengambilan tiga biji buah kurma dan segelas susu segar. Tiga biji buah kurma menghasilkan energi bersamaan sepinggan nasi. Susu pula adalah sumber diet yang lengkap.

 

Baca ini:

Makanan Yang Sihat Elak Perut Meragam Masa Berpuasa

6 Cara Berkesan Mengatasi Masalah Tumit Pecah

 

  1. Berbuka Puasa Dengan TepatCara Diet Di Bulan Puasa

Bersedia lebih awal di meja makan. Berbuka dengan segera sebaik sahaja azan Maghrib berkemundang. Ketika berbuka puasa, makanlah secara berperingkat dan perlahan-lahan. Makan dengan bersungguh-sungguh dan penuh perasaan lapar dalam waktu yang singkat atau sekaligus akan menyebabkan perut sakit dan kembung.

 

Sebaiknya berbuka puasa dengan kurma dan air masak, diikuti dengan sup panas dan semangkuk kecil salad sayur-sayuran atau buah-buahan. Setelah itu, barulah anda menikmati hidangan utama ataupun terus bersolat Maghrib.

 

Cara diet di bulan puasa ini lebih efektif jika anda menikmati sup panas kerana ia akan membuatkan perut menjadi lebih selesa, mengembalikan cairan tubuh serta membantu mempersiapkan sistem penceranaan untuk menerima makanan yang lebih berat.

 

  1. Hindari Makanan Tinggi GulaCara Diet Di Bulan Puasa

Terlalu banyak makan makanan manis boleh membuat perut menjadi kembung dan menganggu proses penghadaman. Makanan tigggi gula juga membuatkan kadar gula dalam darah menjadi tidak stabil sehingga anda menjadi ketagih untuk menikmati makanan manis.

 

  1. Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan

Makanan yang tinggi kadar garamnya akan membuatkan anda menjadi cepat haus ketika berpuasa. Makanan yang termasuk tinggi garam adalah makanan olahan atau makanan beku, lobak masin dan acar.

 

Di samping itu, hindari juga makanan yang terlalu pedas kerana ia boleh membuatkan perut terasa tidak selesa. Sebaiknya perbanyakkan makanan yang mengandungi air seperti buah tembikai, melon dan pear.

 

  1. Tidur Selepas Bersahur

Setelah menikmati sahur bermakna kita telah mendapat energi. Tenaga inilah yang perlu kita simpan sepanjang hari sehinggalah sampai waktu berbuka puasa.

 

Berikan peluang kepada organ penghadaman untuk memproses makanan sahur menjadi energi yang maksima. Organ penghadaman memerlukan waktu lebih kurang dua jam untuk memprosesnya.

Jadi, jika sebelum dua jam setelah bersahur kita sudah tidur, bermakna energi yang dihasilkan oleh tubuh belum maksimum. Energi yang belum maksimum ini juga digunakan oleh tubuh bagi memproses sisa-sisa makanan yang anda sehingga energi menjadi semakin berkurangan.

 

Kita akan jadi semakin mengantuk, tidak bermaya dan rasa malas sepanjang hari. Keadaan ini akan mengundang penimbunan lemak kerana pembakaran kalori dalam tubuh sangat sedikit.

 

P/S: Orang yang aktif beraktiviti (ringan) ketika berpuasa akan kelihatan lebih sihat dan segar. Ini adalah kerana energi  bersahurnya tidak pernah bertimbun disebabkan aktiviti fizikal yang dibuat akan membakar lemak tubuh.Cara diet di bulan puasa yang diamalkan ini membuatkan berat badannya lebih ideal dan sihat.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...