Skip to main content

Hadiah Untuk Yang Tersayang Ibu Super Bapa Cool

Hadiah untuk yang tersayangNAH, mari lihat hadiah untuk yang tersayang sebagai tanda ingatan bagi menghargai ibu super dan bapa cool! Alah membeli menang memakai. Apatah lagi bagi ibu bapa yang ingin tampil bergaya bersama permata hati mereka di hari raya ini.

Tampilkan kebanggaan anda menjadi ibu bapa baru abad ini dengan produk yang diedarkan oleh Bloom & Grow. Produk ini boleh didapati di semua kedai produk bayi terpilih.

 

Pilihan hadiah untuk yang tersayang: 

StorksakHadiah untuk yang tersayang

Beg tukar  lampin Storksak adalah aksesori penting untuk ibu bapa yang bergaya. Rangkaian beg mewah ini boleh menampung keperluan ibu bapa dan bayi baru. Beg lampin yang luas ini dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan yang praktikal seperti alas menukar lampin tikar dan bekas menyimpan botol bertutup.

 

Beg tukar lampin popular Ashley (RM399) dalam warna hitam atau biru adalah pilihan gaya yang ideal untuk ibu bapa.

 

Skip HopHadiah untuk yang tersayang

Beg lampin Skip Hop Forma Backpack (RM359) membolehkan tangan ibu bapa bebas untuk menguruskan bayi sewaktu bergerak ke mana sahaja. Beg sandang Forma didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan burung merak yang sesuai untuk kedua-dua ibu dan bapa. Bahagian dalam beg yang lebih luas memberikan ruang untuk meletak lebih banyak barangan keperluan bayi dan barangan lain seperti tablet atau komputer riba juga sesuai diletakkan sekali. Penambahan alas tukar lampin menjadikan tugas menukar lampin semakin mudah.

 

BACA INI

 

PearheadHadiah untuk yang tersayang

Pearhead merupakan hadiah yang sempurna untuk ibu bapa baru dan permata hati mereka. Setiap ibu bapa pasti mahu menyimpan semua kenangan manis keluarga dalam bingkai gambar atau cap tapak kaki dan tangan bayi Pearhead. Ibu bapa turut boleh merakam perkembangan tahun-tahun pertama bayi mereka dengan First Year Baby Belly Stickers.Produk Pearhead berharga dari RM39.90 hingga RM139.90.

 

Baby OrbitHadiah untuk yang tersayang

Bapa cool dan ibu super tentu mahukan sistem stroller yang hebat untuk membawa bayi mereka. Rangkaian Baby Orbit G3 membolehkan ibu bapa menyesuaikan sistem pergerakan bayi mereka yang jauh berbeza dengan kereta sorong biasa. Dengan peralihan dari kereta ke kereta sorong hingga keupayaan untuk menukar dari kereta sorong tunggal kepada kereta sorong kembar, alat ini memang cool. Harga Orbit Baby G3 bermula dari RM2,299 dan boleh didapati di Mothercare, Bebe Totz, Bebehaus dan Poppies. Ia amat sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang secara berkongsi dengan sekumpulan rakan-rakan atau ahli keluarga.

 

Hadiah untuk yang tersayangErgobaby

Ibu bapa baru boleh membawa si kecil ke mana-mana sahaja dengan Ergobaby 360 Cool Air Carrier. 360 Cool Air Carrier adalah ringan dan ia diperbuat daripada kain yang nyaman untuk membolehkan ibu bapa dan bayi sejuk semasa keluar bersiar-siar. Pendakap bayi 4-posisi ini memegang bayi dalam kedudukan ergonomik di samping mengekalkan keselesaan. Sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Harga RM799.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .