Skip to main content

Dosa fitnah di atas sofa

dosa fitnahDalam artikel Siri I  semalam yang bertajuk “Tabayyun dahulu sebelum sebar”, kita telah dijelaskan tentang maksud dan hukum tabayyun. Maka dalam siri ini dijelaskan pula tentang bagaimana dosa fitnah diterima oleh netizen dan natijah daripada tindakan menyebar maklumat tanpa tabayyun.

 

Bukan susah hendak cari pahala. Namun ramai yang terjebak dengan dosa apabila niat tidak menghalalkan cara. Bayangkan anda sedang berehat di sofa sebaik selesai solat zuhur. Tiba-tiba anda ternampak status sahabat anda. Dia sudah memuat naik sebuah cerita viral mengenai orang susah. Tanpa membaca komen, anda pun hanya tekan butang like dan share pula di facebook anda.

 

Kemudian anda terlena hampir sejam. Setelah sedar anda sibuk mengangkat baju yang sudah kering diampaian. Anda terus leka dengan kerja-kerja rumah hinggalah kepada menyediakan juadah berbuka puasa. Tanpa ada sedar dosa fitnah yang dibuat di atas sofa tadi sudah pun berjalan.

 

Kerja anda hanya selesai sebelum waktu berbuka. Maka anda pun membuka semula facebook. Rupa-rupanya ramai pula yang komen, like dan share status tadi. Ada satu komen yang beritahu bahawa artikel itu artikel lama dan sudah pun disantuni oleh pihak-pihak terlibat.

 

Saat itu, anda mungkin menyesal kerana ramai juga yang mengutuk dan menuduh yang bukan-bukan pada pihak-pihak tertentu misalnya institusi zakat. Maka jelas, jika kita mahu menyebarkan sesuatu berita, wajib untuk kita tabayyun agar kita tidak terpalit mendapat dosa fitnah kerana menyebarkan sesuatu yang tidak benar.

 

Natijah dosa fitnah akibat tidak tabayyun

 dosa fitnah

“Alah, benda kecik aje kot?” Mungkin itu tanggapan anda tetapi ketahuilah ada natijah yang besar yang boleh merosakkan sesuatu institusi misalnya badan zakat yang ditubuhkan untuk tujuan menyelaras kutipan dan agihan zakat kepada asnaf.

 

Hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

 

“Cukuplah bagi seseorang itu menjadi seorang pendusta sekiranya dia menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tapisan).”

 (Riwayat al-Bukhari).

 

Sikap yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan orang lain yang tidak tabayyun juga akan terkesan. Bahkan ada yang tidak mahu menunaikan zakat semata-mata berprasangka dengan institusi zakat.

 

Mereka ingin menyantuni sendiri asnaf yang menurut pemerhatian kasar mereka layak dibantu. Namun, akibat kesibukan, akhirnya tidak tertunai. Bahkan pula memberi bantuan kepada asnaf yang sudah sedia mendapat bantuan. Maka semakin tidak selaraslah dan pincanglah bantuan zakat di negera ini.

 

Lebih memburukkan apabila kadar kutipan menyusut. Sedangkan sebegitu ramai asnaf yang perlu dibantu setiap bulan. Institusi zakat seperti Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mempunyai komitmen jutaan ringgit sebulan untuk menguruskan bantuan tetap para asnaf termasuk dari segi bantuan keperluan hidup, sewa rumah dan bantuan persekolahan/pengajian.

 

Jika ramai yang berhenti membayar zakat, apa yang bakal terjadi kepada asnaf-asnaf yang masih bergantung harapan dan masa depan dengan institusi zakat? Renung-renungkan.

p/s: Biarlah kita tidak mampu memberi asalkan jangan rosakkan sesuatu yang telah diberi.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...