Skip to main content

Cara Penyediaan Makanan Yang Sihat

Cara penyediaan makanan TIDAK dinafikan cara penyediaan makanan yang sihat memang sedikit rumit. Apatah lagi bagi kanak-kanak kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu hamil. Makanan bukan sahaja perlu segar malah mestikan bebas daripada racun serangga dan pencemaran bahan kimia.

Seperti yang dinyatakan dalam puanlizaali.blogspot.com, makanan yang dipilih perlulah kekal segar agar ia kaya dengan vitamin dan mineral. Oleh itu, perhatian rapi perlu diberikan sebagai cara penyediaan makanan yang sihat khususnya untuk kanak-kanak yang cerewet makan.

Proses penyediaan untuk makanan bayi di atas usia enam bulan adalah berbeza dengan kanak-kanak yang sudah punya gusi dan gigi yang kuat. Berikut ialah tiga perbezaan cara penyediaan makanan untuk kanak-kanak.
a. Makanan bayi usia 6-8 bulan perlulah dikisar halus.Cara penyediaan makanan
b. Makanan bayi 8-12 bulan bolehlah dipotong sebagai makanan jejari.
c. Manakala kanak-kanak setahun ke atas sudah sedia makan makanan biasa seperti kita.

 

BACA INI

 

Proses pemilihan dan cara penyediaan makanan yang sihat adalah seperti di bawah:

Makanan segarCara penyediaan makanan
Secara umumnya makanan segar untuk kanak-kanak adalah lebih kaya kandungan zatnya seperti buah-buahan dan ulam-ulaman.

Makanan mentah
Makanan seperti ikan, ayam, udang dan sebagainya adalah makanan mentah yang perlu dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan bateria. Bagaimana pun jangan terlalu lama memasak hingga menghilangkan semua zat yang ada.

Makanan kukus
Makanan yang dikukus atau direbus adalah pilihan terbaik kerana ia tidak memerlukan minyak tambahan. Hidangan sup ayam, ikan atau daging tanpa ditumis pun sangat baik untuk kesihatan.

Makanan kurang minyak
Jika mahu menggoreng, pastikan anda gunakan minyak yang sedikit dan pastikan ia minyak baru. Usah gunakan minyak secara berulang-kali. Lebih baik anda membuang minyak terpakai ke dalam sinki berbanding anda terpaksa membuat pembedahan jantung suatu hari nanti.

Makanan kurang kalori
Kurangkan gula di dalam makanan minuman dan lebihkan manisan dalam senyuman. Anda tentu faham maksudnya kan? Gula mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, pastikan anda tidak keterlaluan dan sebaiknya gunakan sumber manisan asli seperti madu asli.

 

Berikut ialah beberapa tip cara penyediaan makanan yang segar:
1. Setiap kali membeli di pasar raya, pastikan anda pergi pada awal pagi. Pergilah ke pasar yang sangat laris kerana potensi untuk mereka menjual makanan segar lebih tinggi.
2. Jika berbelanja di pasar raya, semaklah tarikh luput setiap barang yang anda beli selain memeriksa kesegarannya. Sekali lagi, untuk barang mentah, pastikan anda perlu ke pasar raya yang laris jualannya.
3. Bersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan segar dengan merendam di dalam air garam untuk seketika. Hal ini penting untuk menanggalkan segala kekotoran, racun dan mikroorganisma yang mungkin masih hidup.
4. Anda  boleh mencelur sayuran dengan air mendidih untuk seketika sebelum menyejukkannya terus dengan air batu. Cara ini boleh mengekalkan kerangupan sayur yang dicelur tadi. Anda juga boleh merendam dalam air garam dan bilas sayur beberapa kali untuk memastikan yang ia benar-benar bersih.

 

Artikel: puanlizaali.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .