Skip to main content

6 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Sihat dan Cantik

Khasiat Minyak ZaitunNak lebih sihat? Khasiat minyak zaitun atau olive oil ini memang sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Bukan setakat baik untuk kesihatan tubuh, bahkan juga bagus untuk kecantikan kulit dan rambut.

Minyak zaitun mengandungi banyak nutrisi, terutama vitamin E. Selain vitamin E, kandungan lain yang terdapat minyak zaitun adalah asid lemak essential. Lemak ini terdiri daripada Omega 3 dan Omega 6, iaitu lemak yang bagus untuk kesihatan manusia yang berfungi untuk kesihatan jantung, obesiti dan juga penyakit diabetis.

 

Baca juga: Ayuh, Langsingkan Tubuh Anda Dengan Diet Atkin

 

Berikut beberapa khasiat minyak zaitun:

  1. Pelembab Semulajadi

Minyak zaitun boleh melembabkan bahagian tubuh yang kering seperti siku dan lutut. Bagi anda yang  mengalami masalah muka kering, anda boleh menggunakan khasiat minyak zaitun sebagai krim malam. Sapukan nipis-nipis pada  muka yang kering dan biarkan semalaman. Kulit anda akan menjadi bertambah lembut dan anjal.

 

  1. Melembabkan Bibir

Vitamin C yang terkandung di dalam minyak zaitun boleh membuatkan bibir yang kering dan pecah-pecah kembali sihat. Sapukan terus pada bahagian bibir secukupnya. Biarkan mengering dengan sendirinya dan lakukan secara rutin, sehari sekali.

 

  1. Menghilangkan Mata PandaKhasiat Minyak Zaitun

Sapukan minyak zaitun perlahan-lahan pada bahagian kelopak mata. Hati-hati ketika menyapunya, jangan sampai terkena mata anda. Lakukan secara rutin, insya-Allah masalah mata panda atau lebam di bawah mata anda akan pulih.

 

 

Baca juga: Punca Mulut Berbau Ketika Berpuasa

 

  1. Menjaga Keindahan RambutKhasiat Minyak Zaitun

Syampu dan perapi yang mengandungi minyak zaitun mampu membantu mengatasi  masalah rambut rosak atau rambut kering. Nutrisi minyak zaitun akan membantu memperbaik struktur akar rambut, sehingga rambut tetap lembab, lebih kuat dan tidak mudah bercabang.

 

  • Untuk mengatasi rambut kusut, letak minyak zaitun pada telapak tangan, gosok-gosokkan seketika kemudian usaplah pada bahagian rambut yang kering dan kusut.

 

  • Manakala untuk mengatasi masalah kelemumur atau gatal pada kulit kepala, campurkan minyak zaitun dengan perahan lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan merata pada kulit kepala sambil mengurut perlahan-lahan. Biarkan selama 20 minit, (sebaiknya bungkus rambut dengan tuala suam), kemudian barulah dibilas.

 

 

  1. Membunuh Kanser

Untuk kaum wanita, kita memang disarankan mengambilnya kerana khasiat minyak zaitun ini boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara dan kanser rahim.

 

 

  1. Menurunkan Kolesterol Tinggi

Khasiat minyak zaitun mampu menurunkan kadar kolesterol yang tinggi jika diambil secara rutin. Di dalam minyak zaitun itu sendiri mengandungi campuran antioksidan yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat, namun tidak menghilangkan dan tetap mempertahankan kadar kolesterol baik yang ada di dalam tubuh.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .