Skip to main content

6 Cara Mengatasi Bibir Kering Paling Berkesan

cara mengatasi bibir keringBibir yang kering dan pecah-pecah akan menimbulkan rasa pedih. Dulu sebelum menemui cara mengatasi bibir kering ini, Mamanet sering mengalaminya. Kadang-kadang akibat bibir terlalu kering sampai mengeluarkan darah!

 

Tambahan pula, Mamanet ni suka sangat menjilat dan menggigit bibir sedangkan ianya menjadi salah satu penyebab bibir pecah-pecah dan kering. Di samping itu, keadaan tubuh yang kekurangan air (dehidrasi) juga boleh menyebabkan kulit di kawasan bibir mengalami kekeringan.

 

Lagipun dengan keadaan cuaca yang panas dan tak lama lagi dah masuk bulan puasa.Jadi,untuk mengatasinya kita kenalah minum air masak sebanyak mungkin ya.

 

Baca juga: 4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Agar Merah

 

 

Sebenarnya ada banyak cara mengatasi bibir kering yang boleh anda cuba, tanpa menggunakan sebarang pelembab. 

Berikut beberapa cara yang Mamanet suka amalkan:

 

Minyak Zaitun

Cara Mengatasi Bibir Kering

Cara mengatasi bibir kering dengan minyak zaitun ini sangat mudah. Kita hanya perlu menyapu beberapa titis minyak zaitun di bahagian bibir, kemudian urut perlaan-lahan pada bibir tersebut. Biarkan sampai kering. Lakukan cara tersebut secara berulangkali supaya masalah bibir kita yang kering itu segera diatasi.

 

 

Madu Asli

Kita boleh menyapu madu asli secara rutin setiap hari sebelum beraktiviti. Tanpa dibilas, bibir akan lembab sepanjang hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, sapukan juga pada bibir sebelum tidur.Madu merupakan pelembab semulajadi yang cukup efektif. Kandungan mineral essential di dalam madu berupaya untuk menjaga kelembaban bibir serta mencegahnya daripada paparan sinaran matahari.

 

Mentega

Madu Asli Kita boleh menyapu madu asli secara rutin setiap hari sebelum beraktiviti. Tanpa dibilas, bibir akan lembab sepanjang hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, sapukan juga pada bibir sebelum tidur. Madu merupakan pelembab semulajadi yang cukup efektif. Kandungan mineral essential di dalam madu berupaya untuk menjaga kelembaban bibir serta mencegahnya daripada paparan sinaran matahari.

Jika kita melakukan cara mengatasi bibir kering dengan menggunakan khasiat mentega secara teratur, insya-Allah masalah bibir kering akan dapat diatasi. Ini adalah kerana mentega mampu melembabkan bibir yang kering. Kandungan asid lemaknya bermanfaat untuk membuatkan bibir menjadi lembab.

Cara penggunaannya juga senang,kita hanya perlu menyapu sedikit mentega di permukaan bibir. Kemudian urut secara lembut bibir kita dan biarkan sampai mentega tadi benar-benar meresap ke dalam kulit bibir.

 

Baca juga: Punca Mulut Berbau Ketika Berpuasa

 

Lobak Merah

Cara mengatasi bibir kering dengan lobak merah juga cukup mudah. Kita hanya perlu menghaluskan sayur ini, kemudian sapukan secara merata ke seluruh bibir. Setelah itu biarkan ia meresap selama setengah jam, kemudian barulah dibilas dengan air sejuk.

Lobak merah kaya dengan vitamin A dan dipercayai sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata serta bermanfaat untuk melembabkan bibir secara semulajadi.

 

  1. Lidah BuayaCara Mengatasi Bibir Kering

Ternyata lidah buaya bukan sahaja bagus untuk mengatasi pelbagai masalah rambut, bahkan berkesan untuk menyembuhkan bibir kering dan pecah-pecah.

Sapukan gel atau lendir lidah buaya di bibir yang kering. Rasanya mungkin kurang sedap, tetapi ia akan membantu menyembuhkan serta mengurangkan rasa pedih pada bibir.

 

  1. Hirisan TimunCara Mengatasi Bibir Kering

Khasiat sayur timun menjadikannya sebagai salah satu cara terbaik untuk mengatasi bibir kering. Urutlah lembut bibir anda dengan hirisan timun yang baru dipotong. Lakukan dua kali sehari untuk mengubati bibir yang kering. Kandungan air dalam hirisan timun dan kadar vitamin C daripada sayuran ini mampu melembabkan bibir secara semualajadi.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .