Skip to main content

6 Cara Berkesan Hapuskan Kutu Kucing

Kutu KucingKUTU kucing atau namanya dalam bahasa Latin ctenocephalides felis merupakan serangga kecil tanpa sayap. Ketika menggigit sudah tentu kucing kesayangan anda akan berasa gatal dan menggaru-garu serta menggigit badannya sendiri.

 

Sama seperti kebanyakan serangga, kutu kucing juga mengalami proses metamorfosis – telur-larva-kepompong-kutu dewasa. Kutu dewasa memerlukan darah kucing supaya ia boleh membiak. Tak kira kutu kucing yang jantan atau betina, keduanya akan menghisap darah kucing sepanjang hayatnya untuk hidup.

 

Telur yang dikeluarkan oleh kutu kucing yang betina dianggarkan berjumlah 30-50 butir pada setiap hari. Ketika mengeluarkan telurnya, kutu kucing betina juga akan membuang kotoroannya yang merupakan darah yang telah dihadamkan.

 

Darah tersebut dikatakan menjadi makanan larva kutu. Manakala telur kutu kucing berwarna putih dapat dilihat seperti kelemumur dan ianya mudah jatuh ke lantai ataupun karpet apabila kucing mengibas-gibaskan badannya.

 

Dua hari kemudian, telur tersebut akan menetas dan menjadi larva. Larva tersebut dikatakan akan makan makanan sisa-sisa makanan yang ada terutama makanan kotoran kutu dewasa yang telah dibuang bertebaran di persekitaran tempat jatuhnya telur kutu tersebut.

 

Dalam seminggu, larva dikatakan akan bergayut di kawasan seperti sekitar tepi telinga, dan membentuk kepompong atau telur sebelum menjadi makhluk yang haus darah.Tempoh kutu kucing ini keluar dari kepompongnya dikatakan memakan masa dua minggu hingga ke dua tahun lamanya.

 

Manakala kutu dewasa yag telah keluar dari kepompongnya itu akan mula mencari mangsanya bagi keperluan hidupnya. Ketika menggigit, gigitan kutu kucing ini boleh menyebabkan kegatalan  ataupun alergi kulit, tak kira pada haiwan peliharaan mahupun  manusia. Kutu kucing ini  akan terus membiak apabila memakan darah kucing dan ia lebih tertarik dengan hormon kucing yang sedang mengawan. Jadi, biasanya kucing yang mengandung lebih banyak kutunya! Bahkan menyebabkan anak-anak kucing pun terjangkit sama.

 

Jika kucing kesayangan anda diserang kutu, segeralah tanganinya supaya tidak menjadi semakin parah. Jika sudah parah, kucing anda akan lebih kerap menggaru sehingga badannya luka dan boleh terkena penyakit scabies. Bahkan kulit kucing anda akan kelihatan kering, berkedut, bulunya juga akan rosok sehingga nafsu makannya menjadi berkurangan. Jadi, usahkan mencari alternatif yang paling murah jika anda  kurang berkemampuan untuk membawanya berjumpa dengan doktor haiwan.

 

Di sini Mamanet kongsikan beberapa tip semulajadi untuk menghapuskan kutu kucing yang boleh anda cuba. Insya-Allah… sekitar 2-4 minggu anda akan melihat hasilnya dan kucing kesayangan anda akan kelihatan lebih sihat dan bebas daripada kutu.

 

Cara Menghapuskan Kutu KucingKutu Kucing

 

  1. Mandikan Kucing

Selain memandikan atau menggunakan syampu khas untuk membasmi kutu kucing, anda boleh juga memandikannya dengan cecair pencuci pinggan beraroma lemon.

 

  1. Pakai Sikat Kutu

Setelah bersih dan siap mandi, sikat bulu kucing bagi menghilangkan kutu-kutu yang masih tersisa. Sikatlah secara teratur untuk mencegah pembiakan kutu kucing ini.

 

  1. Jaga Kebersihan

Sentiasa pastikan kediaman atau tempat tidur kucing anda dalam keadaan bersih. Cuci kain, selimut, alas dan sebagainya yang biasa digunakan oleh kucing anda. Cuci dengan air panas, dan tambahkan secawan cuka di dalamnya bagi membunuh kutu dan telur yang mungkin tertinggal.

 

  1. Guna Lemonkutu kucing

Ambil secerek air panas mendidih dan masukkan setengah biji buah lemon ke dalamnya. Tutup cerek, dan biarkan sejuk dan lemon tersebut larut sepenuhnya. Setelah itu, tuangkan larutan lemon ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing kesayangan anda pada setiap hari. Kutu  dikatakan sangat alah dengan bau lemon ini.

 

  1. Pakai CukaKutu Kucing

Sama seperti lemon, kucing juga tidak suka dengan bau masam cuka. Ini adalah antara cara terbaik menghapuskan kutu yang bersarang di bulu kucing kesayangan anda. Campurkan setengah bahagian air dengan setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing secara teratur.

 

 

  1. Minyak Kayu Putih

Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kesayangan anda daripada diserang kutu kucing dan parasit lain. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .