Skip to main content

5 Cara Menghilangkan Jerawat Batu Dengan Efektif

Cara Menghilangkan Jerawat BatuSESIAPA yang mengalami masalah jerawat batu di muka mesti nak tahu cara menghilangkan jerwat batu. Okay, Mamanet kongsikan beberapa  cara menghilangkan jerawat batu  yang boleh anda cuba, mana tau ia serasi.

 

 

 

Cara Menghilangkan Jerawat BatuBila jerawat tumbuh di muka memang rasa geram  sangat. Lebih-lebih lagi kalau jerawat batu. Jerawat jenis ini berukuran lebih besar dari jerawat biasa. Berwarna kemerahan, terasa sakit dan sukar untuk disembuhkan.

 

Bagi anda yang tertarik untuk mengetahui cara menghilangkan jerawat batu secara semulajadi, berikut ini 5 cara yang boleh anda cuba.

 

  1. Bawang PutihCara Menghilangkan Jerawat Batu

Bila nampak jer jarawat batu nak tumbuh dan belum teruk lagi, cepat-cepat ambil bawang putih. Potong dan kisar halus, kemudian sapukan pada jerawat batu. Ia merupakan salah satu cara menghilangkan jerawat batu, dan jerawat tersebut akan mengering sebelum keadaannya terus merebak.Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

 

 

  1. Lidah BuayaCara Menghilangkan Jerawat Batu

Khasiat lidah buaya bukan setakat mampu menjaga kecantikan rambut, tetapi turut menjadi salah satu cara menghilangkan jerawat batu. Caranya sangat mudah, kita hanya perlu mengambil isi atau gel lidah buaya tersebut.

Setelah itu sapukan pada jerawat batu yang ada di muka. Lakukannya secara rutih pada setiap pagi dan petang bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

 

Baca ini:

 

  1. Kombinasi Telur Dan MaduCara Menghilangkan Jerawat Batu

Anda boleh cuba cara menghilangkan jerawat batu secara semulajadi ini dengan menggunakan telur dan madu. Telur kaya dengan protein boleh dimanfaatkan sebagai ubat jerawat batu.

Campurkan kedua bahan tersebut sehingga sebati, kemudian sapukan pada muka yang berjerawat batu. Biarkan selama 10 minit, setelah kering cucilah dengan air yang bersih. Lakukan cara ini secara rutin ya, paling kurang seminggu sekali.

 

  1. Buah BetikCara Menghilangkan Jerawat Batu

Buah betik dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuatkan kulit muka menjadi lembut dan halus. Selain itu betik juga mengandungi enzim ‘papain’ yang berguna untuk mengurangkan peradangan dan membantu mencegah terbentuknya nanah.

Cara menghilangkan jerawat batu dengan menggunakan buat betik sangat mudah. Haluskan isi buah betik yang segar, kemudian sapukan ke muka secara merata. Sebelum itu, pastikan muka telah bersih dan kering. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilaslah muka dengan air panas suam.

 

  1. Oatmeal Dan MaduCara Menghilangkan Jerawat Batu

Gabungan oatmeal dan madu ini dapat membantu menghilangkan jerawat dari dalam dan luar. Ambil sedikit oatmeal dan campurkan dengan madu asli. Kacau hingga sebati. Kemudian sapukannya ke muka. Biarkan selama 30 minit, setelah itu bilas dengan air suam dan keringkan.

 

 

 

P.S: Jerawat batu yang sudah terlanjur tumbuh dan sudah lama bertapak di muka,mungkin memakan  proses yang agak lama sedikit untuk cara menghilangkan jerawat batu. Namun, hasil efektif akan anda miliki dengan menggunakan rahsia kecantikan alam semulajadi ini jika dilakukan dengan betul dan secara rutin.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...