Skip to main content

Tanda-tanda Buasir Yang Perlu Kita Ketahui

tanda-tanda buasirMembayangkan penyakit buasir ini pun dah buat Mamanet rasa seriau. Sesiapa yang pernah mengalami nya lagilah kan… Sebagai langkah berjaga-jaga, jom kita ketahui tanda-tanda buasir, faktor penyebab dan cara untuk mengatasinya.

Buasir adalah penyakit atau adanya gangguan pada anus atau dubur. Bibir anus mengalami pembengkakan yang adakalanya disertai dengan pendarahan. Ada banyak faktor yang menyumbang penyakit ini, tetapi yang paling umum penyebabnya adalah kerana meneran terlalu kuat ketika membuang air besar.

 

Buasir  juga boleh menyerang sesiapa sahaja,namun anda yang mempunyai keturunan dengan sejarah penyakit ini cenderung akan terkena.

 

Baca juga: Cara Merawat Rambut Kering pastinya berbeza dengan merawat rambut sihat. Ada banyak sebab yang membuatkan rambut anda menjadi kering dan kusam.

 

 

Tanda-tanda buasir mudah dikenalitanda-tanda buasir

Tanda-tanda buasir biasanya terjadi dan mudah dikenali dengan adanya titisan darah yang ikut keluar bersama najis ketika seseorang  membuang air besar. Tanda-tanda buasir seperti ini biasanya tidak disertai dengan rasa sakit dan termasuk jenis buasir internal.

Titisan darah tersebut berpunca kerana adanya pembuluh darah yang pecah kerana tidak kuat untuk menahan tekanan.

Tanda-tanda buasir yang lain adalah munculnya rasa sakit ketika membuang air besar. Ia berpunca daripada pembengkakan pada anyaman pembuluh darah yang berfungsi sebagai penahan anus yang sudah cukup bear dan menonjol keluar. Buasir jenis ini dikategorikan buasir eksternal.

 

Antara Faktor Penyebab Buasir

  • Sembelit, najis yang mengeras membuatkan seseorang itu sering meneran ketika membuang air besar.
  • Wanita Mengandung. Ketika mengandung tekanan rongga perut akan jadi meningkat disebabkan adanya janin dalam kandungan. Keadaan yang sama juga boleh dialami oleh wanita yang baru lepas bersalin akibat terlalu kuat meneran.
  • Kegemukan, diarea yang berpanjangan, anal seks dan proses penuaan.

 

Jaga-jaga Dengan Tanda-Tanda Buasir Ini!

  • Rasa gatal dan pedih di permukaan dubur.
  • Keluarnya lendir atau darah bersama najis.
  • Titisan darah segar dari dubur.
  • Benjolan lembut di permukaan dubur.

 

Baca juga: Faraj Berbau? Kalau berbau wangi, baguslah tapi kalau faraj berbau busuk inilah yang kita tak mahu dengar! Baunya pula bukannya sikit tapi ibarat duduk sebatu pun boleh terhidu. Alamak malunya…

 

tanda-tanda buasir

Tip Mencegah Buasir

  • Amalkan gaya hidup sihat.
  • Pengambilan makanan yang kaya dengan serat.
  • Minum air masak dalam jumlah yang mencukupi.
  • Senaman yang teratur.
  • Hentikan kebiasaan terlalu lama berdiri, duduk dan juga menyangkong di tandas ketika membuang air besar.
  • Jangan biasakan diri menahan kencing dan membuang air besar.
  • Jangan melakukan aktiviti seks luar tabii.
  • Bagi anda yang sedang mengandung, elakkan mengangkat beban yang berat.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .