Skip to main content

Kulit Lebih Mulus Dengan Skrub Kopi

skrub kopiKopi mempunyai pelbagai khasiat, bukan setakat menjadi minuman penawar rasa mengantuk. Sebaliknya,  boleh membuatkan kulit anda jadi lebih mulus dengan pemakaian skrub kopi.

 

Impian anda untuk memiliki kulit yang cantik, mulus dan sihat boleh diperoleh daripada jenama Velvet X Wood dengan lahirnya produk penjagaan diri terbarunya iaitu skrub kopi.

 

Velvet X Wood Coffee Scrub diperkaya dengan kombinasi hebat bahan berkualiti tinggi yang diperoleh daripada sumber semula jadi iaitu biji kopi premium dari Brazil, madu, aloe vera, minyak zaitun dan garam laut. Ia 100 peratus organik. Hasil daripada penggunaan berterusan memberi pelbagai manfaat kepada kulit tubuh.

 

Baca juga: Garam bukit mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Selain itu, garam bukit juga kaya dengan kandungan mineral sehingga membuatkannya jauh lebih baik daripada garam biasa.

 

skrub kopi

Skrub kopi Velvet X Wood jadikan kulit cerah, lembut, halus, anjal dan berseri

Menariknya Velvet X Wood Coffee Scrub ini lahir atas keinginan pengasas, Puan Intan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu mengetahui mengenai produk penjagaan diri yang digunakannya. Walaupun mengetahui kewujudan pelbagai produk skrub tubuh di pasaran, Puan Intan tidak pernah gentar dalam persaingan kerana dia percaya bahawa skrub kopi yang dihasilkan mempunyai kelebihan yang pastinya tidak sama dengan produk seumpamanya.

 

Menyedari bahawa ramai wanita mahukan kulit yang cerah, lembut, halus, anjal dan berseri, Intan cuba memenuhi keinginan para wanita namun tidak sesekali mengabaikan faktor keselamatan. Baginya penting untuk kulit tubuh bukan sahaja cantik tetapi juga sihat dan dilihat sempurna.

 

“Velvet X Wood Coffee Scrub melalui proses formulasi selama setahun setengah bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ia juga telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin selamat kerana menggunakan bahan semula jadi. Jadi pengguna tidak perlu risau kerana ia bebas bahan kimia yang lazimnya mendatangkan kesan negatif kepada kulit,”beritahu Puan Intan.

 

Keharuman Velvet X Wood Coffee Scrub merangsang perasaan dan ‘mengejutkan’  tubuh. Ia  bukan sahaja mencetuskan ketenangan kepada pengguna dengan memberi aura tenaga positif, dengan ciri agen pengelupasan biji kopi dan gabungan  garam laut, berkesan  membuang sel-sel kulit mati menjadikan kulit lebih bersih berseri dan lembut. Malah bauan istimewa ini membantu mengatasi masalah bau badan.

 

Kaya dengan kandungan mineral dan tinggi antioksidan serta anti toksin, skrub kafein ini  mencegah penuaan pramatang kulit. Ia juga merangsang peredaran aliran darah dan  membantu mengurangkan kemunculan masalah kulit seperti selulit, ekzema, psoriasis, parut, jerawat, kesan rekahan, tompok penuaan serta vena varikos.

 

Baca juga: Menu Diet Cepat Kurus. Alamak baju pun dah tak muat ni! Anda nak cepat kurus? Dah gemuk? Kami sedia membantu anda dengan 3 Menu Diet Cepat Kurus.

 

Dengan tambahan minyak zaitun dan susu, ia menjaga kelembapan kulit secara menyeluruh, mencerah, menghalus, menyegar dan mencerahkan tubuh. Manakala sentuhan madu pula berfungsi melindungi, melembap dan meremajakan kulit agar tubuh lebih anjal dan licin bak sutera.

 

Menerangkan mengenai cara penggunaan Velvet X Wood Coffee Scrub, menurut Intan, ia begitu mudah digunakan. Hanya dengan sapuan ringkas mampu memberikan hasil yang diingini pengguna kerana sifat skrub mikro yang bertindak lebih pantas.

 

“Ambil amaun yang diingini dan sapukan pada kulit yang separa lembap. Memandangkan tekstur skrub ini kering dan mikro, pengguna dinasihatkan supaya tidak menyapu butiran skrub pada kulit yang terlalu basah kerana ia akan segera larut.”

 

Lebih istimewa, skrub kopi  ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak, malah untuk semua jenis kulit. Ia boleh dipakai di seluruh tubuh dan juga bahagian muka serta bibir.

 

“Skrub dua hingga tiga kali seminggu untuk kulit yang sihat dan lembut. Ia tidak merengsakan kulit. Jika anda mempunyai kulit sensitif, hanya gunakan satu hingga dua kali seminggu sahaja. Menyental tubuh ini jika dijadikan rutin juga mampu memberi kebaikan kepada kesihatan dengan melancarkan peredaran darah.

 

“Selain itu, skrub  kopi ini mempunyai kelebihan apabila membantu mengecilkan saiz molekul lemak dan mengurangkan kuantiti sel lemak yang lazimnya menghantui para wanita terutamanya di bahagian perut dan muka. Hasilnya tubuh terbentuk cantik, wajah kelihatan lebih runcing dan tiada lagi masalah dagu berlapis,” jelasnya lagi.

 

Cara Penggunaan Skrub Kopi Untuk Bahagian Tubuh:

-> Lembapkan bahagian kulit yang ingin disapu seperti lengan, pinggang, perut dan paha (sebaiknya guna air suam).

-> Ambil secubit skrub dan ratakan pada tempat yang bermasalah, urut membulat dengan arah lawan jam.

-> Sambil mengurut, picitkan bahagian yang berlemak.

-> Biarkan beberapa minit.Untuk kesan yang lebih optimum, salutkan bahagian bermasalah dengan pembalut plastik. Biarkan ia menyerap selama 20 minit.

-> Setelah itu, bilas dengan air suam untuk kesan yang lebih baik, cepat dan menyerap masuk ke dalam liang roma kulit.

 

Cara Penggunaan Skrub Kopi Untuk Bahagian Wajah:

-> Cuci muka dengan pembersih wajah, kemudian sapukan skrub Velvet X Wood.

-> Untuk mengatasi masalah dagu berlapis dan meruncingkan dagu, gosok di bahagian bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan.

-> Untuk membentuk wajah menjadi bujur, urutkan pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam.

 

Produk ini dijual secara dalam talian melalui ejen-ejen yang dilantik. Didatangkan dalam jar dengan rekaan yang fleksibel dengan berat 100gm, Velvet X Wood dijual pada harga RM79 termasuk kos penghantaran untuk Semenanjung Malaysia manakala RM82 untuk Sabah dan Sarawak.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .