Skip to main content

Jom Putihkan Muka Dengan 3 Jenis Masker Beras

masker berasBagi anda yang nak kulit muka putih dan berseri-seri tanpa menggunakan sebarang produk yang ada bahan kimia, boleh cuba gunakan Masker Beras.

 

Masker beras atau pupur beras, mempunyai berapa manfaat atau khasiat untuk kulit. Antaranya untuk menanggalkan sel-sel kulit mata, melembapkan kulit, menutrisi dan memutihkan kulit muka. Lagipun beras sememangnya mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan serta kulit.

 

Masker beras ini sangat elok untuk membersihkan, pengelupasan dan melembapkan kulit. Mamanet dah cuba, tu yang Mamanet berani cakap. Jadi, anda tak perlulah ragu-ragu untuk mencubanya ok. Bukan sahaja jimat malah selamat sebab tiada bahan kimia. Pendek kata, kalau rajin, pasti hasilnya berbaloi-baloi.

 

Khasiat Masker Beras

  • Mencerahkan warna kulit.
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam.
  • Menegangkan kulit.
  • Mencegah kedutan.
  • Mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit.
  • Pelindung wajah semulajadi.

 

 

masker berasMasker Air Beras

Ambil segenggam beras dan isi dalam mangkuk. Kemudian tambah air secukupnya di atas beras. Kemudian kacau perlahan-lahan dengan senduk. Biarkan selama sejam, kemudian baru tapis. Asingkan airnya dengan beras. Selepas itu, ambil kertas tisu yang cukup tebal, buatkan lubang di bahagian mata, mulut dan bibir.

 

Rendam kertas tisu tadi  ke dalam air beras selama 8 minit. Kemudian angkat kertas tisu tersebut secara perlahan-lahan, angkat dan biarkan air tersebut menitis untuk mengurangkan kelebihan air.

Setelah itu, tempelkan pada muka, biarkan selama 20 minit. Kemudian, basuh muka sehingga bersih.

 

masker berasMasker Beras Dan Madu

Madu cukup kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kulit. Selain mampu melembabkan kulit, madu juga elok untuk pengelupasan sel-sel kulit mati, sekaligus menyegarkan kulit dan mencerahkan wajah.

 

Rendam beras selama 10 minit dan haluskannya. Kemudian, tambahkan beberapa titis madu dan gunakan sebagai masker pada muka.

 

Masker Beras Dan Gulamasker beras

Gula adalah skrub yang sangat efektif untuk melawan jerawat dan meremajakan kulit muka. Haluskan beras dan gula. Kemudian tambahkan yoghurt. Gaul sehingga sebati.

 

Sapukan masker beras dan gula ini pada muka dan leher. Tujuannya adalah untuk membersihkan, melembapkan dan pengelupasan sel-sel kulit mati.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...