Skip to main content

Busana Bahari Asyek Sedia Koleksi Raya

Busana Bahari AsyekBusana Bahari Asyek telah bersiap sedia sempena bulan Syawal yang bakal menjelang dengan menghasilkan pelbagai fesyen busana menarik khusus untuk hari raya.

 

Busana Bahari Asyek dan Bahari Asyek Fabrik dikhususkan untuk penjualan fabrik dan pakaian siap (tradisional). Dua butik di bawah jenama Bahari Asyek itu  semakin menempatkan diri di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan.Busana Bahari Asyek

 

Penawaran aneka jenis dan corak fabrik yang bermutu telah memberikan impak positif melalui  sambutan dan permintaan yang diterima ramai. Busana Bahari Asyek, menawarkan pelbagai pilihan fesyen dan potongan pakaian siap yang menarik.

 

Baca Juga: Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan memang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Sempena bulan  Ramadhan 1437H yang bakal tiba, Segi Seri Sdn. Bhd. mengadakan buffet Ramadan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Busana Bahari Asyek Sediakan Pakaian Berasaskan Kain KapasBusana Bahari Asyek

 

Menggunakan fabrik sendiri, Busana Bahari Asyek kali ini menawarkan teras fesyen tradisional melayu, iaitu fesyen baju kurung tradisional, Kurung Pahang & Riau, fesyen kebaya labuh, kebarung, potongan moden dan kontemporari. Menariknya, buat julung kalinya, Bahari Asyek menampilkan potongan ‘Baju Kurung Archipelago’ selain kebaya labuh Che Siti Wan Kembang yang menjadi ikon Bahari Asyek.

 

Pemilihan pakaian berteraskan kain kapas ini sesuai dan selesa dipakai di negara yang bercuaca panas ini. Kain jenis ini menyerap peluh dan tidak merimaskan, selesa dan sesuai dipakai dibawah iklim negara ini.

Busana Bahari Asyek

Bagi menyesuaikan dengan tema perayaan hari raya nanti, Bahari Asyek menawarkan aneka corak dengan penambahan pelbagai jenis sulaman, ‘beads’ dan warna kepada fesyen dan potongan busana yang ditawarkan. Justeru, menjadikan fesyen tradisi melayu ini tetap kelihatan segar, menarik dan tidak lapuk, tidak ketinggalan atau tenggelam dek zaman.

 

Satu corak fabrik hanya terdapat sepasang atau paling tinggi setakat 4 pasang saja bagi menjaga tahap eksklusifnya. Pilihan fabrik berkualiti dan eksklusif lagi elegan ini sesuai untuk semua jenis acara sama ada majlis perkahwinan, pertunangan, makan malam, kenduri, pakaian harian dan sebagainya.

 

Baca juga : Teh hijau bukan sahaja memiliki nutrisi dan mineral yang berperanan sebagai antioksidan, malah ia dapat membantu badan kurus dengan cepat.

 

busana bahari asyek

Atas permintaan ramai, butik kedua ini menawarkan pelbagai jenis dan warna fabrik polos untuk kaum lelaki bagi dijadikan pakaian ‘Baju Melayu’. Kainnya yang lembut dan bermutu, dijamin selesa dipakai.

 

Terdapat fabrik benang kapas polos Mesir, tulen tanpa corak, bersulam halus, bersulam biasa, benang kapas sutera, benang kapas bercorak, Kasa Rubia bersulam, benang kapas bersulam putih hitam yang sesuai untuk jubah dan banyak lagi. Jika inginkan yang lebih eksklusif, boleh memilih sutera broked, sutera Peranchis, renda dan sutera dari Gul Ahmed Swiss Lawn.

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan fabrik istimewa ini silalah berkunjung ke butik Bahari Asyek yang berada di tingkat 1, Palaza Masalam (Plaza Shah Alam- bersebelahan Hotel Concorde), Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Seksyen 9, Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .