Skip to main content

6 Cara Merawat Rambut Kering Dan Tidak Bermaya!

cara merawat rambut keringCara Merawat Rambut Kering pastinya berbeza dengan merawat rambut sihat. Ada banyak sebab yang membuatkan rambut anda menjadi kering dan kusam.

 

 

 

 

Kali ini Mamanet ingin berkongsi 6 cara merawat rambut kering. Anda yang berambut panjang atau berhijab, memang elok baca artikel ini. Mamanet tahu, kita-kita yang berambut panjang dan berhijab ini perlu lebih menitik beratkan soal penjagaan rambut supaya rambut jadi lebih sihat, tidak berbau dan cantik bersinar.

Apa Yang Menyebabkan Rambut Anda Menjadi Kering?
  • Efek buruk sinar matahari yang terlalu panas dan menyengat.
  • Penggunaan pewarna rambut yang mengandungi zat kimia keras.
  • Efek buruk klorin di kolam renang atau pun air panas
  • Cara merawat rambut yang salah seperti terlalu kerap memakai syampu, menggunakan alat pendandan rambut seperti hair dryer dan hot roller.

 

Cara merawat rambut kering agar rambut kembali sihat dan bersinar.

Antaranya:

  1. Bersihkan Rambut Secara Teratur

Cuci rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan culas untuk membasuh rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda menjadi berminyak, berkelemuur dan mudah rosak.

 

  1. Pakai Perapi Rambut

Sekurang-kurangnya seminggu sekali anda memakai perapi untuk menjaga rambut agar tetap lembab.

 

Ketika memakai perapi, pastikan tidak terkena sampai ke kulit kepala kerana ia akan membuatkan kulit kepala anda jadi berminyak dan mudah diserang kelemumur.

Cara merawat rambut kering menggunakan perapi adalah dengan memilih perapi rambut yang tidak mengandungi alkohol.Ini adalah kerana andungan alkohol boleh membuatkan  rambut jadi semakin kering dan mengembang.

 

  1. Batasi Penggunaan Alat Penata Rambut

    cara merawat rambut kering
    Elakkan menggunakan alat dandanan yang panas dengan kerap.

Anda boleh menggunakan hair dryer untuk mengeringkan rambut, tetapi pastikan tahap kepanasan hair dryer tersebut dalam suhu yang rendah.

 

Selain itu, elakkan daripada  menarik atau meregang rambut ketika anda sedang menggunakan hair dryer panas. Cara ini bertujuan  untuk mencegah rambut anda daripada mengembang dan bercabang.

 

  1. Makan Makanan Sihat

Untuk mempertahankan kelembapan rambut, pastikan anda makan makanan yang sihat. Zat makanan tertentu akan dapat meningkatkan kelembapan, seperti ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dan asid lemak.

 

Selain itu, sayuran hijau, makanan kaya vitamin A dan C serta makanan yang mengandungi zinc seperti kacang juga boleh dimasukkan dalam salah satu cara merawat rambut kering.

 

  1. Biarkan Rambut Terurai Ketika Tidur

Jika anda suka mengikat ataupun penyepit rambut, lepaskannya ketika hendak tidur. Tujuannya adalah untuk membuat kan rambut terurai sehingga mencegah ia daripada mengembang. Di samping itu juga akan membuatkan akar rambut bebas bernafas.

 

  1. Khasiat Limau Nipis

Limau nipis cukup berguna untuk membersihkan kotoran yang melekat pada kulit kepala dan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat dan bersinar.

 

Cara merawat rambut kering  dengan menggunakan limau nipis sangat mudah. Anda hanya perlu memicit-micit kulit kepala secara perlahan-lahan dengan air perahan limau nipis. Kemudian biarkan selama setengah jam, setelah itu urut-urutlah perlahan-lahan sebelum dibasuh dengan bersih.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...