Skip to main content

5 Tip Disayang Suami Untuk Selamanya!

tip disayang suamiTip Disayang Suami. Siapalah yang tidak mahu selalu disayangi suami. Kalau tanya Mamanet, hisshh… tentulah Mamanet suka. Rasa tenang dan bahagia jer bila sentiasa disayangi dan dimanjai suami!

Sungguhpun begitu, setiap lelaki punya cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih sayang seiring dengan karakter serta sifatnya yang tersendiri. Secara umumnya kebanyakan suami amat menyenangi isteri yang selalu menghargai suami, sabar, jujur dan setia.

 

Sebagai wanita yang sudah berkahwin, Mamanet percaya anda tentu mahu suami selalu sayang pada anda. Jadi, bagi membina kerukunan serta keharmonian rumah tangga agar suami tidak jemu dan tetap sayang pada anda, cuba praktikkan beberapa tip disayang suami yang Mamanet nyatakan ini.

Tip disayang suami5 Tip disayang suami

  1. Sentiasa Hargai Dan Hormati Perasaan Suami

Sebagai seorang isteri anda wajib patuh dan bersopan santun dalam setiap pertuturan, baik pada suami mahupun kaum keluarga suami.

 

Biasakan bercakap dengan nada yang lembut, dan kawal setiap kata-kata anda sewaktu sedang marah. Elakkan bercakap dengan nada yang tinggi atau kasar yang pada akhirnya akan membuatkan suami tersinggung. Ungkapan yang kasar dan kotor, serta suka mengungkit boleh membuatkan anda nampak teruk di mata suami. Sekiranya anda sudah terlepas cakap, segeralah meminta maaf.

 

Di samping itu, jangan lokek untuk memberikan kata-kata pujian pada setiap usaha yang telah suami lakukan sekalipun bagi anda ia mungkin bersifat sederhana sahaja.

Walaupun nampak biasa, tetapi semua perkara di atas memberikan pengaruh besar pada kasih sayang suami terhadap anda.

 

  1. Jadi Wanita Yang Paling Cantik Di Mata & Hati Suami

Menjadi seorang wanita yang paling cantik di mata dan hati suami tidak semestinya cantik rupa sahaja! Anda perlu cantik luar dan dalam, barulah ‘ngam’!

 

Menjaga penampilan diri juga penting, dan kebanyakan suami menyenangi apabila melihat isterinya nampak kemas dan menarik. Jangan berikan seribu satu alasan yang klasik kerana sibuk mengurus anak dan sebagainya  sehingga anda tidak sempat untuk berpenampilan menarik di hadapan suami.

 

Tak payahpun nak mekap berlebihan, memadai  bersolek sederhana supaya indah dipandang suami. Tak adalah suami tengok anda seperti ‘mayat hidup’. Pancarkan kecantikan fizikal dan hati anda kepada suami tercinta. Biarkan suami tahu betapa istimewanya anda.

 

  1. Kena Selalu “HOT” Di Ranjang

Tip Disayang Suami yang ketiga ini tak kurang juga pentingnya. Walaupun perkahwinan anda sudah berbelas tahun, anda pun bukan remaja lagi, tidak bermakna anda tidak perlu “hot” dengan suami.

 

Pertambahan usia dalam perkahwinan sebaiknya diiringi dengan ghairah cinta yang membara, sehingga hubungan anda tidak monoton dan sentiasa penuh dengan bunga-bunga cinta!

 

Isteri yang paling disayang suami adalah isteri yang pandai mengghairahkan suaminya, terutama ketika berada di atas ranjang. Kepuasan yang diberikan oleh isteri akan membuatkan suami semakin sayang dan cinta. Hubungan suami isteri juga akan menjadi semakin romantis dan mesra. Perasaan yang wujud itulah yang akan membuatkan perkahwinan anda berjalan lancar dan harmoni hingga ke akhir hayat.

 

Jadi, anda perlulah berusaha uantuk selalu kelihatan menarik dan mengetahui keinginan suami, bagaimana caranya untuk membuatkan suami anda penuh ghairah.

Sesekali cubalah tampil cantik dan menggoda di malam hari di depan suami.

 

 

  1. Jaga Makan Minum Suami

Tip disayang suami yang keempat ini juga anda perlu berikan perhatian, sekalipun ada di antara anda yang memang tak suka masuk dapur sebab penat dan sebagainya.

 

Tahukah anda, isteri yang pandai memasak pasti mendapat nilai positif di mata suaminya. Meskipun ia bukan perkara yang utama, tetapi dengan kepandaian memasak, akan menambahkan lagi kasih sayang suami terhadap anda. Umumnya lelaki suka pada isterinya yang suka memasak makanan kegemarannya. Bahkan, suami pasti akan merindukan masakan isterinya setiap kali dia menjamah makanan di luar.

 

5 . Usah Cerewet, Suka Marah-Marah Dan Kuat Membebel!

Tip Disayang Suami yang terakhir, satu perkara yang paling dibenci suami pada isteri mereka adalah sikap cerewet, suka marah-marah tak tentu fasal  dan sikap kuat membebel.

 

Saban hari anda tentu berasa penat kerana seharian menguruskan tugas di pejabat dan di rumah. Menguruskan anak-anak pun satu hal. Namun,  itu adalah perkara yang normal dan sering dirasakan oleh semua wanita yang bekerjaya dan berkahwin dan anda tidak perlu memperbesar-besarkannya. Jika setiap saat anda mengeluh, membebel pada suami, maka akan meninggalkan kesan tidak iklas di mata suami. Bahkan, suami anda pula akan beranggapan anda bukan lagi isteri yang cekal dan tabah.

 

Jika ada yang tak kena, cubalah bawa berbincang. Kemarahan hanya akan mengundang perselisihan faham yang lebih teruk dan akan membawa pada perang mulut yang maha hebat. Sebagai isteri, anda perlu lebih memahami dan saling menyokong di antara satu sama lain. Hargai setiap apa yang telah dilakukan suami untuk anda.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...