Skip to main content

4 Kebaikan Air Lemon Suam

kebaikan air lemonKebaikan Air Lemon memang luar biasa. Secawan air lemon suam  merupakan  minuman kaya nutrisi yang menjadi pilihan Mamanet pada setiap hari.

kebaikan air lemonDulu Mamanet suka sangat minum kopi. Dalam sehari, sampai tiga empat kali nak pekena kopi sedangkan Mamanet tahu, pengambilan kopi yang berlebihan itu tidak baik untuk kesihatan tubuh. Masa tu degil sangat, tapi keadaan mula berubah apabila Mamanet tahu kebaikan air lemon ini.

 

Bagi anda yang ketagih minum kopi , cubalah ikut cara Mamanet  yang telah memilih untuk menikmati air lemon suam. Lemon mengandungi banyak zat terutama asid sitrat, kalsium, pectin, vitamin C dan magnesium.

 

Baca juga: Lihat apa lagi yang lemon boleh buat untuk anda.  Ketahui bagaimana tiga benda termasuk lemon dapat mengurangkan  atau mempercepatkan jerawat lenyap daripada wajah anda.

 

kebaikan air lemon

Anda hanya perlu, cuci bersih lemon dan potong nipis sebanyak 3-4 bahagian dan masukkannya ke dalam secawan air panas. Kacau sehingga air menjadi suam-suam kuku sebelum di minum.

 

 Berikut 4 Kebaikan Air Lemon Yang Patut Anda Ketahui:

 

  1. Hidrasi

Minum air lemon suam di pagi hari akan membantu proses pembuangan racun dalam tubuh, sekaligus membantu melancarkan saluran penghadaman.

 

Ketika tidur, kita akan menghabiskan masa berjam-jam dengan perut yang kosong. Akibatnya tubuh akan mengalami dehidrasi dan ia akan menyebabkan pengumpulan racun, stress,sembelit dan sebagainya.

 

Dengan kebaikan air lemon suam di pagi hari dapat membantu anda mencegah dehidrasi, sekaligus membuang racun di tubuh pada hari sebelumnya itu.

 

  1. Melegakan Perut Kembung

Tahukah anda tidur dengan perut kenyang akan membuatkan anda mengalami perut kembung di pagi hari. Air panas suam akan melancarkan sistem penghadaman, sementara flavonoid daripada sari lemon akan membantu mengurangi kadar asid dalam perut sehingga membuatkan anda berasa lebih selesa dalam waktu yang singkat.

 

Baca juga: Anda patut pilih GARAMRAJA™ kerana ia mengandungi bahan untuk meneutralkan pelbagai masalah penyakit seperti darah tinggi, asma, buah pinggang dan lain-lain. Jadikan secubit garam GARAMRAJA™ dalam setiap masakan anda.

 

  1. Membantu Menurunkan Berat Badankebaikan air lemon

Sari lemon mengandungi pectin, serat larut yang membantu menurunkan berat badan. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Bahagian lemon yang paling banyak mengandungi serat pectin adalah kulitnya.

 

 

4.Menyegarkan Bau Nafas

Selain dapat melegakan sakit gigi dan radang gusi, kebaikan air lemon suam juga terbukti dapat membautkan nafas anda menjadi lebih segar. Anda boleh berkumur dengan air bersih selepas minum air lemon.

 

Tetapi, anda disarankan minum air lemon setelah anda memberus gigi. Ini adalah kerana asid sitrat boleh mengikis enamel gigi, jadi lebih baik jika anda tidak memberus gigi setelah minum air lemon.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...