Skip to main content

3 Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut

Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di PerutCuba pegang perut anda sekarang, rasa-rasa ada banyak lemak tak? Kalau ada, jom praktik tiga Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut yang Mamanet suka amalkan ini.

Tetapi sebelum anda mengamalkannya, anda perlu mengindari punca kegemukan dan perut buncit. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cara mengatur keperluan zat, menjaga pola pemakanan dan jangan lupa untuk bersenam secara teratur. Selain itu, elakkan kebiasaan memakan makanan ringan dan makan lewat malam sebelum tidur.

 

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh menyingkirkan lemak lemak  di perut dengan baik dan berkesan?Berikut ialah kegunaan bahan di dapur sebagai Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut.

 

Baca juga: Keadaan cuaca terik yang melanda negara kita sekarang ni, bukan sahaja membuatkan ramai yang jatuh sakit. Malahan, wajah berminyak dan nampak berkilat juga banyak kelihatan.

 

Kunyit

Sejak zaman dulu lagi kunyit telah dipercayai sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Kunyit dikatakan boleh dijadikan sebagai makanan semulajadi untuk menurunkan berat badan serta dianggap sebagai salah satu cara cepat menghilangkan lemak di perut.

 

Zat aktif yang terdapat dalam kunyit juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Selain itu, nutrisi pada kunyit sangat baik untuk menurunkan kadar lemak di dalam tubuh dan menjaga glukos serta kalori dalam tubuh agar sentiasa stabil.

 

Caranya sangat mudah, ambil kunyit hidup sebesar ibu jari dan haluskan. Kemudian rebuslah dengan dua gelas air. Tunggu smapai mendidih, kemudian tambahkan dengan dua sudu air asam jawa dan sedikit gula merah. Masakkan campuran ini sehingga tinggal segelas. Boleh diminum dalam keadaan panas dan sejuk.

 

Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di PerutLemon

Cara cepat menghilangkan lemak di perut yang mungkin biasa anda dengar adalah dengan menggunakan khasiat buah lemon. Nutrisi dan vitamin yang terkandung di dalamnya dikatakan boleh mengikis segala lemak di dalam tubuh dengan baik. Pengambilan buah lemon sebiji sehari dipercayai boleh mengurangkan lemak di tubuh, menekan gula darah di tubuh serta melancarkan sistem penghadaman.

 

Cara membuatnya juga sangat mudah. Anda hanya perlu menyediakan sedikit halia yang telah dihaluskan. ½ biji lemon (ambil perahan air lemon) dan segelas air. Campurkan kesemua bahan tersebut, kacau sehingga rata. Sebaiknya diminum sebelum anda bersarapan pagi.

 

Air perahan lemon bermanfaat sebagai detoks untuk membuang zat-zat racun dalam tubuh. Penambahan halia berfungsi untuk meningkatkan metabolisme yang akan membakar kelebihan lemak dalam tubuh.

 

Campuran teh lemon, halia dan daun pudina pula adalah bonus! Tahukah anda bahawa pudina dapat mengurangkan hormon lelaki? Untuk anda yang mahu kurangkan masalah bulu lebat boleh amalkan minum teh ini dua cawan sehari.

 

Baca juga: Bahaya minum kopi. Kopi adalah salah satu minuman kegemaran ramai. Sungguhpun begitu, kopi mempunyai efek sampingan yang kurang baik untuk kesihatan apabila diambil secara berlebihan.

 

Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di PerutKayu Manis

Penggunaan kayu manis juga dikatakan boleh menjadi cara cepat mengilangkan  lemak di perut yang boleh anda cuba. Kayu manis sering dijadikan pemanis semulajadi. Nutrisi dan vitamin yang terdapat pada kayu manis dipercayai boleh menurunkan kadar glukos dalam tubuh dan menurunkan kadar lemak di tubuh.

 

Pengambilan kayu manis secara teratur pada setiap hari bukan hanya membantu menurunkan berat badan dan menghilangkan lemak. Malahan, khasiat kayu manis juga mampu untuk melawan diabetis, kanser dan risiko jantung.

 

Anda hanya perlu menambahkan kayu manis pada makanan ataupun minuman. Selain dapat memberikan aroma yang cukup menyelerakan, kayu manis juga akan membakar lemak di perut agar segera hilang.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...