Skip to main content

Mee Kuah Daging Meleleh

mee kuah daging
Sumber foto: FB Seharum Dapur Bonda KC

Resipi Mee Kuah Daging ini telah mendapat perkongsian sebanyak 645. Ternyata orang Malaysia memang suka makan daging dan mi.

Hidangan ini turut berkhasiat dan merupakan makanan seimbang kerana mengandungi segala sumber karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik dan variasi, boleh tukarkan mi kuning dengan bihun atau spageti yang direbus.Bagi memudahkan carian resipi Mee Kuah Daging, Mamanet kongsikan di sini untuk mama-mama yang teringin nak masak Mee Kuah Daging Meleleh.

MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
2 peket mi kuning – secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stok ikan bilis
4 biji telur – untuk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar – boleh tambah jika suka pedas
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :

8 biji telur rebus – dipotong 2
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Sayur tauge dan sawi dicelur – secukupnya
Bawang goreng secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK MEE KUAH DAGING :

1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging dan kacau kuah dan masukkan kiub stok ikan bilis, kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya. Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato.

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .

3) Celur mi, tauge dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu. rebus semua telur.

4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur tauge dan sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mi dan tuangkan kuah bersama isi daging, telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup

Sumber: FB Seharum dapur Bonda KC
Nota Editor:  Ejaan sebenar ‘mee’ ialah mi. Manakala ejaan sebenar ‘taugeh’ ialah tauge dan ejaan ‘resepi’ ialah resipi. Bagaimanapun atas faktor carian ‘keywords’, ejaan mee dan resepi dikekalkan kerana lebih popular dan digunapakai oleh ramai netizen.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .