Skip to main content

Khasiat Air Garam Cantikkan Wajah

khasiat air garam
Wajah berseri hasil daripada mandian yang sempurna.

Khasiat Air Garam. Nak kulit cantik, bersih, berseri, sihat dan cerah? Mandilah dengan air garam tapi tak perlu ke laut. Guna sahaja garam pink dan anda boleh buat mandian garam sendiri serta mandi sepuas-puasnya di rumah.

Mamanet percaya, kecantikan wajah kita sebagai wanita tidak semestinya bergantung kepada produk-produk kecantikan yang mahal serta mengandungi bahan kimia. Bahan semulajadi seperti air garam jenis pink ini juga mampu berfungsi untuk mengelupaskan sel kulit yang mati.

Bagaimana kita dapat manfaat daripada khasiat air garam?

1.Facial Steamer

Facial dengan air garam pink boleh membuka pori-pori di wajah anda. Caranya mudah sahaja, panaskan air garam air garam pink di dalam periuk, kemudian hadapkan muka anda sambil tunduk ke  arah periuk tersebut sehingga wap air garam dapat melekat di wajah anda.

Selain itu, jika air garam pink sudah suam, celupkan tuala bersih ke dalam air tersebut kemudian tutuplah wajah anda dengan tuala tersebut. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilaslah dengan air sejuk.

  1. Hilangkan Kedutan Di Mukakhasiat air garam

Urutlah muka anda dengan air garam pink dan minyak zaitun. Proses ini boleh membuatkan kulit muka anda menjadi lebih lembut, cerah, anjal dan bersinar secara semulajadi. Bukan itu sahaja, jika dilakukan secara rutin, kedua bahan ini boleh menghilangkan segala kedutan ataupu garis-garis halus di wajah anda.

  1. Pembersih Muka

Air garam pink juga boleh menanggalkan kekotoran di wajah anda. Basuh muka anda dengan air garam pink, kemudian biarkan beberapa minit. Air garam pink tersebut bermanfaat untuk menghilangkan segala racun atau kekotoran di muka anda, menghilangkan sel-sel kulit mati serta membuatkan kulit muka anda menjadi lebih segar.

Anda yang perlu membasuh dan membersihkan muka anda dengan menggunakan air garam secara rutin dan teratur.

  1. Merelakskan Muka

Air garam pink juga bermanfaat untuk meredakan rasa stress di dalam diri anda. Sebelum tidur, sapukan muka anda dengan air garam pink tersebut. Kemudian bilaslah dengan air sejuk. Air garam pink ini dapat memberikan energi pada kulit sehingga kulit wajah menjadi lebih segar dan rasa stress pun hilang.

  1. Air garam bukit
    Sental kulit dengan air garam bukit dapat hilangkan sel kulit mati.

    Mengatasi Masalah Kulit Kering

Cuba garu lengan atau betis anda. Ada kesan ‘putih-putih’ tak? Jika ada, itu tandanya kulit anda kering dan bersisik. Sudah pasti ada di antara anda  yang telah melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah kulit kering dan bersisik ini.

Ramai yang mengatakan bahawa khasiat air garam pink ini sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit anda, sehingga masalah kulit kering dan bersisik terus lenyap. Cara semulajadi yang boleh anda lakukan ialah mandi dengan menggunakan air garam pink .

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .