Skip to main content

Cuaca Panas Ular Bisa Keluar!

ular bisaUlar Bisa. Baru-baru ini berlaku kejadian seorang pelajar, Nuri Nadirah Ruslan, 7 meninggal dunia akibat dipatuk oleh seekor ular kapak di sekitar bilik darjahnya di Pengkalan Chepa Kelantan. Kemudian, seorang lain kanak-kanak dilaporkan cedera dipercayai dipatuk ular bisa juga.

Hal ini menimbulkan rasa panik di kalangan ibu bapa khususnya terhadap keselamatan anak-anak. Mengapa secara tiba-tiba ular menjadi pembunuh? Ikuti pendedahan yang dikongsi oleh seorang mantan anggota bomba mengenai hal ini:

Kenapa ular bisa keluar?

Cuaca panas terik menyebabkan ular keluar mencari perlindungan di lokasi yang lebih sejuk dan selamat. Sewaktu berhijrah binatang berbisa ini sangat sensitif dan agresif. Keadaan yang sama berlaku pada musim mengawan dan selepas salin kulit.

Kenapa ular bisa berbahaya?

Ular berbisa seperti tedung selar, tedung, katam tebu, ular kapak boleh membunuh dengan cepat. Ular-ular ini akan mematuk mangsa dan mengeluar atau mengalirkan bisanya melalui taring.

Lokasi Kegemaran ular bisa?

Ular akan memasuki rumah atau bangunan melalui saluran air, paip, longkang, celahan pintu dan tingkap. Ular akan mencari tempat sejuk yang dirasakan selamat iaitu bawah dapur, bawah almari, bawah kerusi, atas almari dan bilik air. Hati-hati dan sentiasa periksa persekitaran rumah.

 

Langkah pencegahan ular bisa

  1. Untuk keselamatan dan pencegahan ular daripada masuk dalam rumah, taburkan garam kasar dan belerang (sulfur) di sekeliling rumah.
  2. Elakkkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu kerana ia boleh menjadi ‘port’ selamat untuk ular.
  3. Perhatikan dulu sesuatu sudut atau sekitar bilik termasuk mangkuk tandas sebelum anda menghampirinya.
  4. Elakkan memasuki tempat yang gelap. Pastikan lampu dinyalakan jika anda ingin masuk ke dapur atau stor.
  5. Bersihkan persekitaran rumah dan sekolah dari semak-samun atau bahan-bahan terbuang.
  6. Pastikan lubang-lubang ditutup untuk mengelakkan ular membolosinya.
  7. Jika dipatuk ular, segera ikat bahagian atas daripada tempat patukan dan hantar ke unit kecemasan hospital. Sebaiknya anda tahu jenis ular supaya mudah untuk doktor mendapatkan penawar yang sesuai.

 

ular bisaAnekdot:

Kenali ular kapak (viperidae/viper)

Ular Kapak merupakan sejenis ular bisa daripada keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular Kapak Hijau.

Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

Sumber: Wikipedia

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...