Skip to main content

8 Cara Menyegarkan Mata Letih Depan PC

cara menyegarkan mata letihCara Menyegarkan Mata? Eh, macam mana tu? Haa… Mamanet tahu, mesti ramai yang nak tahu cara menyegarkan mata letih atau berpinar setelah sekian lama mengadap PC ataupun handphone!

Mamanet hanya berkongsi tip yang Mamanet selalu lakukan bila dah terlalu khusyuk mengadap gajet-gajet nie. Maklumlah kerja-kerja Mamanet nie, mana boleh lari daripada pengunaan otak dan layar komputer. Potensi mata Mamanet menjadi letih dan sakit kepala tentulah lebih besar.

Sesiapa yang mengalami masalah yang sama macam Mamanet nie, boleh cuba cara menyegarkan mata yang cukup mudah. Paling best, tidak memakan masa yang lama. Dua minit dah boleh settle.

 

8 cara menyegarkan mata letihBerikut beberapa cara menyegarkan mata yang boleh anda lakukan:

  1. Kedipkan Mata Secara Berterusan Selama Dua Minit

Mengedipkan mata boleh membantu meningkatkan perjalanan darah ke mata.Mulai hari ini cubalah kedipkan mata anda ya!

 

  1. Gerakkan Mata Ke Kanan Dan Kiri

Lakukan senaman mata, tahan kepala tanpa mengerakkannya. Kemudian gerakkan bola mata anda ke kanan, seterusnya ke kiri. Ulang sebanyak 10 kali.

 

  1. Gerakkan Mata Ke Atas Dan Ke Bawah

Tanpa menggerakkan kepala, perlahan-lahan cubalah gerakkan bola mata anda ke atas dan kemudiannya ke bawah. Ulang sebanyak 10 kali.

 

  1. Lakukan Putaran Mata Tanpa Menggerakkan Kepala

Perlahan-lahan putar bola mengikut arah jarum jam dan kemudian berlawanan arah jarum jam. Ulang sebanyak 10 kali di setiap arah.

 

  1. Tekan Bahagian Kening

Tempatkan jari anda di bahagian kening. Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan cecair intraocular. Ulang sebanyak 5 kali.

 

  1. Urut Mata

Lakukan urutan mata tertutup selama beberapa minit. Setelah itu relaks.

Gerakan ini akan menenangkan otot mata serta meningkatkan perjalanan darah ke mata. Lakukannya sebanyak 5 hingga 7 kali.

 

  1. Fokus Pada Sesuatu

Cuba fokus pada sesuatu yang dekat dan jauh. Pandang sesuatu yang dekat selama beberapa saat. Kemudian alihkan pandangan anda ke objek jauh selama beberapa saat.Ulang sebanyak 5 kali.

 

  1. Tutup Mata

Cara menyegarkan mata yang paling mudah adalah tutup mata anda selama beberapa minit dan bersantai. Ia akan membantu menghilangkan ketegangan pada otot mata anda.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .